Cari

BOKASHI FARMER

Manuskrip Kejuruteraan Paleobiologi

Label

tambah nilai

HARI KE-6: Cara ‘tambah nilai’ dalam baja organik

banner-e-course2No rocket science. Kaedah yang saya anjurkan adalah mudah, praktikal & sesuai untuk tahap kita yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Kita tinggakan segala graf, spektrometer & alat radas yang kompleks kepada saintis untuk menjalankan ujikaji terperinci.

Untuk tahap ini, kita bermula tanpa segan silu. Satu langkah mudah dalam satu masa.

Add value adalah penambahan bahan lain ke dalam baja asas yang memperhebat prestasi awal baja. contoh baja asas ialah OHN halia & bawang putih yang kita buat ni. Asas sahaja ni, sebab kita membuat teras baja. Tanpa teras, sukarlah hendak merekacipta aksesori dan mencari bahan pelengkap.

madu-2

bahan ‘tambahnilai’ adalah bahan2 yang kita masukkan ke dalam baja asas untuk mempertingkatkan kualitinya. Untuk OHN saya, saya tambah dengan sarang kelulut (lebah kecil), sumber propolis dan madu. Sarang kelulut ni saya dah bincangkan dalam post terdahulu beserta gambarnya dalam post bertajuk ‘madu & propolis’.

Saya memilih sarang kelulut kerana ia mempunyai nilai antioksidan, antikuman dan antikulat yang tinggi. Maka ia akan memperkuatkan fungsi baja OHN saya sebagai penghalau serangga dan penguat sistem imunisasi pokok. Saya buat penambahan seperti berikut:

BEKAS 1: 200gram OHN asli semata-mata.

BEKAS 2: 90gram OHN + 10gram sarang kelulut (10%)

BEKAS 3: 70gram OHN + 30gram sarang kelulut (30%)

Nisbah penambahan boleh dibuat dalam timbangan berat atau timbangan isipadu. Contoh timbangan berasaskan berat bahan:

BEKAS 2: 90gram OHN + 10gram serai wangi (10%)………….(10% w/w)

TImbangan ini bagi kedua-dua bahan dia guna nisbah berasaskan berat. Kaedah ini dinamakan w/w iaitu weight/weight.  

Kalau nak timbang bahan berasaskan isipadu, jadi macam ni pula:

BEKAS 2: 90ml OHN + 10ml serai wangi (10%)………….(10% v/v)

TImbangan ini pakai isipadu pula, ratio 90:10 tu diaplikasikan melalui timbangan isipadu. Kaedah ini dinamakan v/v iaitu volume/volume.

Timbangan w/v atau v/w pun ada juga..kalau susah sangat nak timbang, buh je isipadu kepada berat ke (v/w), berat kepada isipadu ke (w/v) ..bukan nak spesifik sangat pun, cuma pelajaran.. 🙂

Sekurang-kurangnya bila nampak simbol v/v, w/w, w/v, v/w tu kita dah faham la sikit

MEMPERKASAKAN VERMIKOMPOS

SOALAN: Bagaimana caranya untuk buat baja vermikompos yang sesuai untuk tanaman padi, sawit, daun, buah?

Hisham

JAWAPAN:

Penggunaan vermikompos sebenarnya sudah cukup sesuai untuk tanaman-tanaman tersebut. Kerana konsep baja organic ialah ia sesuai untuk semua jenis tanaman. Yang menjadikannya lebih baik lagi ialah amalan pertanian yang baik dan penambah baikan dalam penghasilan baja.

Panduan untuk menghasilkan baja organic yang baik ialah CEC (cationic exchange capacity) dan kandungan bahan organic yang tinggi. Analisis kimia dapat memberikan gambaran yang lebih baik. Melalui analisis kimia, kita bolehlah mengira jumlah bahan-bahan mentah yang ingin digunakan untuk sesuatu jenis pokok.

Setiap pokok makan NPK dan mineral dalam jumlah yang berbeza. Padi makan banyak N, limau makan banyak Mg, jumlah pengambilan P oleh padi dan limau tidak sama, begitulah perumpamaannya. Apa bahan dan berapa banyak nak letak bergantung pada keperluan pokok itu. Maka untuk lebih tepat, kita perlu tahu berapakah unsure NPK dan mineral secara kasar yang diperlukan oleh pokok itu, contohnya untuk 1 ekar tanaman atau 1 tan hasil. Perlu ada ukuran dulu.

Dari sini cik hisham ada panduan, nak pakai bahan apa. Kalau nak K tinggi boleh pakai burn ash, burn ash mengandungi 30% K. kalau nak Mg tinggi pakai kapur, ada 30% Mg. Maknanya kena tahu ilmu bahan pula.

Jadi cik hisham bolehlah memasukkan unsur-unsur tadi dalam vermikompos. Sukatan mengikut keperluan kasar tanaman. Lagi banyak pengetahuan cik hisham dalam bahan-bahan, lagi mudah cik hisham nak buat baja spesifik.

Kalau cik hisham berminat dalam blending baja, boleh datang ke kursus saya pada hari sabtu minggu ke-3 bulan depan (15 november 2008) di Lenggong, Perak. Kita boleh kupas lebih banyak tentang ilmu bahan dan blending.

Create a free website or blog at WordPress.com.

Atas ↑