Cari

BOKASHI FARMER

Manuskrip Kejuruteraan Paleobiologi

Label

kursus online

HARI TERAKHIR: OHN UNTUK SEMUA

Tujuan sebenar saya mengadakan kursus online percuma OHN ni adalah untuk menghargai rakan-rakan online yang sudah rapat dan amat berminat dengan topik yang saya bawa disini.

Kehadiran rakan-rakan online yang rajin komen dan membuka blog ini amatlah saya hargai. Sebetulnya saya amat terharu dengan sambutan yang diberikan. Yang mengharukan itu apabila ada yang tak dapat hadir ke kursus, tapi rajin sekali menelaah tulisan saya. Timbul rasa nak memberikan sokongan semula.

Sebuah blog tidak ceria tanpa komen dan rakan-rakan. Malah ada pembaca blog ini yang sudah cam beberapa nama yang selalu komen disini. Lingkungan sahabat di internet ada impaknya sendiri, ada sahabat yang kerap menelefon, ada yang membimbing hal-hal teknikal internet, ada yang bersahabat sejak zaman forum di bicarajutawan.com, ada yang menyumbangkan buku, bahan dan pelbagai lagi. Semoga keakraban ini berterusan dan ada aktiviti susulan yang boleh diatur selepas ini.

Saya akan menjawab setiap soalan yang berkumpul di post-post terdahulu, harap tidak berkecil hati. OHN adalah asas baja organik. Harapan saya dengan memahami asas, anda boleh membuat banyak lagi. Part yang menjadi rahsia disini hanyalah result OHN. itu rahsia yang saya tinggalkan untuk anda kupas sendiri.

OHN bukan ilmu baru. ia amalan kuno pertanian dan masih diamalkan oleh sesetengah petani organik di rantau Asia. Googlekan ‘ginger-garlic extract’ dan anda akan bertemu lebih banyak info. Selamat beramal!

HARI KE-14: OHN untuk PALESTIN

Tidak banyak yang boleh saya ceritakan mengenai OHN ni, sudah puas difikir-fikir pun memang OHN pendek saja ceritanya.  Sebenarnya saya sudah terlebih bagi, idea tu keluar macam air bila menulis.

OHN merupakan sebahagian daripada silibus kursus saya. peserta mesti mempelajari OHN kerana disebalik pembikinannya yang mudah dan murah itu, kita terlepas pandang potensinya yang besar sejak berkurun-kurun manusia memakainya. Maka tidak semestinya menggunakan bahan-bahan asing dan jarang didengar sahaja dapat menghasilkan produk berkualiti.

Sambutan terhadap kursus di Lenggong pada Sabtu ini luar jangkaan saya. Ingatkan taklaku, orang taknak mai. Alhamdulillah 5 orang pun ada juga orang nak datang. saya dan keluarga sebetulnya memang suka dan selesa dengan bilangan yang sikit. Sedikit pun tanggungjawabnya besar. Kalau 30-50 orang tu ikut kemampuan masa hadapan nanti, mungkin bila sudah pandai bergandingan dengan mana-mana jabatan dan persatuan.

Untuk meneruskan kelangsungan keberkatan ilmu kursus yang lepas di Lenggong (November 2008 ) bagi kesemua kami yang menjayakan program tersebut, 10% keuntungan telah disedekahkan kepada pihak yang layak. Semoga Allah memberkati.

Untuk penganjuran kursus bulan Januari, Impax Melor Enterprise akan menyumbangkan 15% keuntungan kepada Dana untuk Gaza anjuran NSTP. Ia sumbangan kecil kami kepada Masjidil Aqsa dan saudara kita yang menderita di Palestin. Semoga Allah melindungi saudara kita dari kekejaman Zionis.

HARI KE-13: Cabaran ujian OHN

Jika anda tidak tahu apalagi yang boleh dibuat dengan OHN, saya cabar anda buat apa yang saya katakan ini:

Bancuh OHN dgn air pada kadar 1:4 dalam sebesen air dan tuang ke pangkal pokok tanaman. Apa yang terjadi dalam 4 minggu ūüôā

Baja organik samada kompos atau OHN memang agak lambat kesannya, ia akan menjadi lebih ketara dalam 3-4 minggu penggunaan. Pun begitu biasanya dosis penggunaan baja organik tetap dipakai dengan kerap, contohnya 1 minggu sekali. banyak faktor yang mempengaruhi, contohnya kualiti baja, pH tanah, ketersediaan tanah untuk serap nutrien, larut lesap dan sebagainya.

Jika tanah mempunyai pH yang terlalu berasid atau beralkali, ada unsur-unsur nutrien yang tak dapat diserap tumbuhan. Jadi apabila membaja dengan banyak, one-shot untuk sebulan biasanya baja tadi terbazir kepada larut lesap daripada diserap pokok. Tetapi pada tanah yang sihat, sekali/dua kali pakai untuk sebulan tidak membazir. Untuk menstabilkan pH tanah dan ketersediaannya untuk bertukar2 unsur nutrien, maka petani memperbetul pH melalui pengapuran.

Ada juga feed back dari sahabat yang memberitahu, pemakaian OHN tanpa dilution kepada luka ternakan menyebabkan ternakan menggarunya dengan lebih lagi. Pakai OHN tanpa dilution untuk rawatan luka dan puru memang boleh dilakukan, tetapi jangan lupa membasuhnya. saya menggunakan OHN asli keatas luka haiwan peliharaan, tetapi saya membasuhnya. Begitu juga bila memandikan dengan OHN, saya cairkan lain sebelum sapu pada bulunya. Konsepnya mudah saja, kalau kita pakai OHN pada luka sendiri dan rasa pedih, maka begitu juga haiwan. Ia menyebabkan rasa tidak selesa, terutama baunya haiwan tidak suka.

Maka OHN bukanlah tidak sesuai dipakai untuk luka rawat ternakan, tetapi cara merawat juga perlu penyesuaian dan jika anda suka untuk membuat ujian sendiri, cuba-cubalah pelbagai cara untuk mencari keserasian, insya Allah anda akan semakin selesa menggunakannya.

HARI KE-12: perbincangan hasil penggunaan OHN

banner-e-coursesudah hampir 10 hari kursus ini ditangguhkan, terima kasih kerana menunggu :). saya assume peserta baru yang ketinggalan sudah cukup masa untuk catch up dan rakan-rakan yang mengikuti blog ini sudah ada sedikit pengalaman menggunakan OHN.

ilmu teori sudah saya kupas dengan panjang lebar, tak banyak sangat ilmu OHN ni, sebenarnya ia amat ringkas, cuma boleh diserapkan dalam OHN konsep pembikinan baja dengan kupas ke dalam, kupas keluar. sebahagian pengetahuan lagi boleh dikembangkan lagi melalui pengalaman menggunakan OHN.

jadi apa perkembangan para peserta selepas menggunakan OHN ni, adakah ia mengurangkan masalah hama, meningkatkan kesihatan ternakan atau tak nampak bezanya? kita bincangkan semula penggunaannya. tahap perbincangan ini sebenarnya sudah masuk fasa ke-2 dalam eksperimen: cerapan & perbincangan. fasa 3: kesimpulan & saranan.

setakat ini sudah 3 kali saya menghasilkan OHN, selain daripada penggunaan sendiri, saya beri pada rakan, saudara dan tetamu yang datang untuk mengutip ilmu. pakai untuk pertanian, ternakan dan household.¬†¬†sepanjang penggunaan OHN saya tidak mengalami¬†masalah, sebab kadang kala ia perlu di’oter’/diubahsuai terutamanya bila¬†tak ada perubahan.

saya tengok kalau OHN sebagai insect repellant, perlu pakai pada frekuensi yang lebih tinggi/lebih pekat.  dalam 3 hari hama dan afids akan berkurangan dengan ketara. saya perhatikan lebah masih mendatangi pokok yang disembur, jadi barangkali ia bersifat selektif, tidak memusuhi semua jenis serangga.

sebagai baja semburan ia sebaik FFJ, FPJ lain. pucuk dan tunas membesar dengan baik, nampak daun muda kurang musuh. kalau disiram tak sesuai terlalu pekat. untuk pokok sensitif seperti bunga ros daun tua cepat kuning. jadi pembajaan secara cair sahaja dan boleh lebih kerap, bunga boleh tahan lama.

HARI KE-11: OHN sebagai biorepellant

banner-e-courseDi sunting dari akhbar India, The Hindu:

 http://www.hindu.com/seta/2008/04/03/stories/2008040350141800.htm

Even if some critics say that organic farming cannot provide the same high yields as chemical farming, the organic farmers argue that at least their land is safe; that they have not invested in buying the chemicals and increasing their cost of cultivation.
“If you look at the suicides by farmers, then you will understand that all those farmers who committed suicides have built up huge debts.

The debts kept growing because of borrowing at high interest rates for buying these chemicals which promised to increase the yield. In the end, it only increased their debts,‚ÄĚ she explains.Ginger garlic extract¬†¬†

‚ÄúIf only farmers use safer and natural pest repellents and manures then where is the question of debt and suicides,?‚ÄĚ she enquires.

She has been using only organic manures and bio-repellents made from locally available resources.

 

 

Another tried and proven mixture she uses is ginger garlic extract (called inji poondu karaisal in Tamil). About 1 gm of ginger and garlic each, 2gm of green chilli and 5 litres of cow’s urine and water are taken. The garlic, ginger and green chilli are ground into a paste and mixed with cow’s urine and water. After 10 days the mixture is filtered and used.

The prescribed quantity is about 500 ml of this solution diluted in 10 litres of water which can be sprayed over the plants.

———————————————————–

Ginger, garlic, and chilli
extract
(Sridhar; et. al. 2002: p. 33)

25 grams of ginger
50 grams of garlic
25 grams of green chili
10 ml of kerosene
12 ml of soap
3 liters of water
Grinder
Pail
Soak garlic in kerosene overnight.Grind and make into a paste.Add 50 ml water to chili, grind, make into a paste.Grind ginger and make into a
paste as well.Mix all ingredients into the water.Add soap.Filter the extract.
Stir well before spraying.Spray on infested plants thoroughly. Controls Aphids, Armyworm,Bollworm, Caterpillars, Fruit borer,Leaf miner,Shoot borer,Thrips,Whiteflies.

—————————————————-

Dari http://www.neemuses.com/other_plants.php

Ginger, Garlic and Chilli Extract

This recipe is a mixture of 3 plant extracts. 1 kg of Garlic should be immersed in 100 ml kerosene and kept overnight. Next day, the outer skin should be removed and made into a paste. In another vessel, ¬Ĺ kg chilly should be mixed with 50 ml water and made into a paste. Likewise ¬Ĺ kg of ginger should be made into a paste. All the three mixtures should be mixed together with 100 litres of water and 50 grams soap solution as emulsifier. This mixture should be stirred well and filtered before spraying. The above quantity is needed for an acre. Allicin present in garlic serves as a repellent and capcicin in chilli serves as a pesticide.

———————————————————–

Dari sebuah jurnal di http://www.ingentaconnect.com :

Nematicidal Action of Some Edible Crops

Authors: Sukul, N.C.1; Das, P.K.1; De, G.C.1

Source: Nematologica, Volume 20, Number 2, 1974 , pp. 187-191(5)

Publisher: BRILL

Abstract:

Extracts of ginger, garlic and chilli pepper showed strong nematicidal action by killing Meloidogyne incognita and other species of soil nematodes in 40 min. Ladies’ finger plants inoculated with M. incognita and then treated with the aqueous extracts of these plant materials showed marked increase in growth and decreased root galling. The population of M. incognita was considerably reduced in the pots treated with the plant extracts. The garlic extract was highly phytocidal but most effective in reducing Meloidogyne infestation of ladies’ finger. Ginger showed mild phytotoxicity and capsicum none. Besides their nematicidal activity the plant extracts served as a manure.

……………………………………………………………………………………..
oleh sebab para peserta lebih berminat menjadikan OHN ginger-garlic ni sebagai biopestisid berbanding baja dan rawatan kulat, maka saya sertakan modifikasi ini.
Saya sendiri telah mencuba OHN sebagai biopestisid, kesannya agak perlahan dan kurang efektif kecuali agak pekat. Tetapi untuk merawat penyakit kulat pada haiwan, kesannya amat positif untuk 1-2kali penggunaan.
biopestisid yang dibuat daripada EM5 adalah dengan memasukkan halia/bwg putih kedalam EMAS dan diperam semalaman sebelum digunakan. saya mendapati ia juga kurang berkesan untuk mengawal afid.
mungkin rakan-rakan ada pendapat lain

HARI KE-10: Baja OHN pelbagai jenis

banner-e-courseSelain halia dan bawang putih, ada beberapa option lain untuk bahan-bahan yang boleh digunakan. Cuma halia dan bawang putih ini biasa dijadikan bahan ‘core’ dalam pembuatan OHN. OHN pula boleh dijadikan bahan tambah /¬†‘booster’ dalam faja foliar FFJ,FPJ, FFA.

Petikan daripada sebuah website mengenai Korean Natural Farming oleh Masami Sakaban, 1999 mengenai OHN: http://www.genevar.com.au/seedsavers/resources/10.html

” Made from some popular oriental herbs (such as Angelica , Glycyrrhiza uralenses, Cinnamomum lureirii) We can use ginger or garlic instead. It is softened and fermented by adding beer. Nutrients are extracted by adding spirits. OHN is applied to plant leaves to fortify phyllosphere microbes used for seed treatment.(0.1% concentration) ”

Angelica ialah sejenis tumbuhan yg menyerupai daun pasli, saderi atau lobak, sila baca di http://jusherba.wordpress.com di sini: http://72.14.235.132/search?q=cache:8WS4KIQpwTIJ:jusherba.wordpress.com/2007/07/24/herba-dan-tubuhan-ubatan/+tumbuhan+angelica&hl=en&ct=clnk&cd=2&gl=my. Angelica melancarkan pengambilan nutrien bagi tumbuhan.

Glycyrrhiza uralenses ialah licorice dan Cinnamomum lureirii pula kulit kayu manis. disini juga ada cerita mengenai licorice, halia dan bawang putih. ternyata bahan-bahan OHN ni banyak dimanfaatkan dalan Chinese Oriental Herbal Medicine. Ia mirip-mirip sebenarnya. Anda nak tengok gambarnya sila ke http://www.aidanbrooksspices.blogspot.com/2007/10/angelica.html , blogger ini mengumpul semua jenis rempah dalam blognya, complete guide.

penyediaan ekstrak angelica, kulit kayu manis dan licorice berbeza daripada OHN halia/bawang putih. Saya kira perbezaan ini mungkin kerana kandungan air dalam bahan berbeza antara dua jenis OHN. halia dan bawang putih mengandungi air lebih banyak daripada angelica/cinnamon/licorice yang lebih kering. bila kurang air, maka ekstrak bahan sukar melarut dalam bahan lain seperti gula merah. maka seperti amalan perubatan cina tradisional, cara untuk mengekstrak ginseng dan akar-akar kayu adalah dengan menggunakan pelarut berkutub seperti tuak dan cuka.

licorice/angelica/cinnamon akan direndam dalam tuak semalaman untuk melembutkan struktur selulosa dan ligninnya sebelum dicampurkan gula merah (seperti biasa) pada kadar 1:1 dan diperam seminggu. dengan adanya tuak dan gula merah, ia menggalakkan pembiakan EM. selain itu, sumber alkohol / tuak bertindak sebagai pengawet semulajadi.

selepas seminggu, campuran tersebut ditambah dengan spirit yang mengandungi 37% alkohol.

‘spirit’ dengan kandungan alkohol 37% yang dimaksudkan disini ialah arak keras¬†yang¬†disuling daripada penapaian bijirin, sayur atau buah¬†tanpa menggunakan gula. nama lain bagi spirit ialah¬†‘liquor’ dan contoh spirit ialah rum, vodka, tequila atau wisky.¬†spirit adalah panggilan kepada minuman keras yang mengandungi paras alkohol paling¬†rendah sebanyak 30%.

minuman keras yang ditapai menggunakan yis seperti tuak, beer dan wine mengandungi paras alkohol yang rendah iaitu 15% ke bawah. beer mengandungi 4-6% alkohol, manakala tuak dan wine mengandungi 9-15% alkohol. penapaian yis tidak mampu menghasilkan alkohol melebihi 15% dan penapaian berhenti setakat ini saja.    

kebiasaannya spirit atau liquor dipasarkan dengan menambah gula dan bahan perisa. istilah ‘fortified wine’ atau dipanggil ‘liqueur’ pula merujuk kepada penambahan sedikit liquor/spirit kepada wine. spirit ditambah kepada tuak bertujuan untuk mengawetkannya supaya tahan lama dan keupayaan mengektrak bahan bioaktif lebih kuat. ia ditambah sebelum penapaian lengkap tuak¬†yang membunuh yis dan meninggalkan sisa gula merah. hasilnya liqueur menjadi lebih manis dan kuat serta peratus alkohol akan¬†meningkat dari 15% kepada 20%.

sama seperti OHN halia/bawang putih, tiada kulat/yis yang terbentuk.

Rujukan:

http://en.wikipedia.org/wiki/Liquor

HARI KE-9: Aplikasi OHN

banner-e-courseAda beberapa faktor mengapa saya memilih OHN untuk kursus online ini. Pertama, untuk berhubung dengan seantero Malaysia, saya perlu memilih baja yang mudah dihasilkan tetapi unik. bahan-bahannya perlulah tidak membebankan para peserta dan amat mudah didapati di dapur rumah.

Kalau saya memilih OHN dari kulit kayu manis, licorice, cuka asli, tuak dan spirit maka pembabitan orang ramai pastinya sangat rendah kerana availability bahan-bahan tersebut. Maka kita tidak akan tahu dan cuba manfaatkan halia/bwg putih cara yang berbeza.

Kedua, bahan-bahan ini depan mata tapi jarang sekali kita dapat mentafsirnya sebagai baja. Penggunaan dan konsep bahan-bahan ini senang difahami kerana hari-hari dok tengok dan rasa, maka tak susah nak dapat ‘feel’. Antara kepandaian mentor-mentor baja organik yang saya tengok ialah mereka ‘melihat’ seperti orang lain tetapi¬†mereka ‘nampak’ apa yang orang lain tidak nampak. Paklias juga pernah memberi bayangan, sebenarnya bahan-bahan tu ada dalam pinggan kita, ia sisa-sisa makanan kita.

Kalau nak buat FFJ, FFA atau FPJ¬†mudah¬†juga tapi orang tak¬†terdedah nak¬†buat pakai herba. Cuba anda ‘google’kan OHN, tak banyak info mengenai baja dari herba kecuali cerita perubatan. Mungkin ini sedikit¬†pendedahan mengenai halia dan bawang, serai¬†sebagai baja.

Ada yang bertanya mengapa pakai halia & bawang putih sebagai bahan utama, melalui pengamatannya ia cuma bahan tambah dan kulit kayu manis lebih baik. 

Katakan kita rujuk nisbah OHN jurnal natural farming dari jabatan pertanian, 2:1:1:1 untuk angelica : kulit kayu manis : halia : bawang putih. OHN disediakan dalam 2 cara berbeza. halia + bawang putih : gula merah disediakan mengikut kadar 1:1. angelica dan kulit kayu manis disediakan dengan mencampurkannya dalam tuak & spirit dan beberapa kali peram.

Nisbah halia : bawang putih yang kecil (1:1) berbanding angelica : kulit kayu manis (2:1) tidak semestinya menunjukkan sesuatu bahan tu adalah bahan tambah. halia dan bawang putih adalah bahan teras. ia berkepekatan lebih tinggi dari OHN angelica, pada nisbah 1:1 sudah mencukupi. 

Ekstrak angelica: kulit kayu manis terlarut kedalam tuak dan spirit yang merupakan pelarut berkutub, maka kepekatannya lebih rendah walau blh diekstrak banyak kali. tanpa mencampurkan kedua2 OHN ini pun masih blh guna secara berasingan. maka OHN bawang putih/halia boleh berdiri dengan sendiri.

Sebelum mengesyorkan pada orang ramai, saya dah pakai sendiri. setakat ni berkesan dan menarik. saya buh pada luka kecil (tak dilute) , ia cepat kering. kucing saya berkurap, dia akan menggaru biarpun berdarah-darah. saya sental dengan OHN (tak dilute), bagi mandi OHN 2 kali (dilute sesudu OHN:seliter air) lepas seminggu bulunya tumbuh kembali dan kurap hilang. sama juga sekor lagi yg bernanah sampai ke isi, saya dilute OHN dan cuci dagingnya yang terdedah, buat 2 kali, buh gamat, ia sembuh dengan sendiri. 

OHN ni dah pakai pada 2 ekor anak lembu kawan yang kena ‘puru’. satu sudu penuh : 1 cebok air. lepas seminggu¬†puru tu beransur2 pulih, tapi dia¬†terlalu sibuk nak melayan puru anak lembu, kalau pakai 2 hari sekali¬†katanya boleh baik.

Saya guna nisbah yg sama utk karat daun limau, slow sikit tp ok. kawan saya penternak kambing dan 10 tahun, katanya dulu dia pakai campuran gula merah, halia dan bawang putih ni sebagai garam jilatan untuk kambingnya. cuma dulu dia tak tahu namanya OHN. Jadi kesimpulannya, banyak lagi cabang boleh pegi.

HARI KE-8: Kunci Pembuka Khazanah Langit & Bumi

banner-e-course2Setelah tujuh hari saya membongkar rahsia nenek moyang dan memberi panduan kepada anda bagaimana cara menghasilkan baja organik sendiri di rumah, maka tibalah masanya bahagian yang menjadi rahsia Рbahagian kesan OHN kepada organisma hidup.

Bahagian ini saya serahkan kepada anda untuk mencari sendiri jawapannya. Tujuh hari kita berbincang secara teori, mana buktinya OHN ini benar-benar berkesan? maka mulai sekarang, anda sudah boleh mula mencari jawapan. saya yakin ada banyak jawapan berbeza dari tuan-tuan.

Jika anda benar-benar mencari, dalam najis haiwan yang hina itu anda akan mencari-cari sesuatu di langit dan bumi. Tahi itu akan membuatkan anda mengkaji isi langit, lautan, makhluk melata dan bumi. Ia membuatkan pamplet-pamplet makanan kesihatan dan produk MLM kedengaran seperti bahan tambah dalam baja. Ia membuatkan dapur anda mula dipenuhi makanan organik.

Terdapat satu rahsia yang belum diceritakan kepada anda mengenai¬†panduan mencari kajian bahan. Panduan ini saya jumpai dalam sebuah buku kesufian berjudul ‘Ilmu perubatan kesufian’ tulisan Dr. Aminuddin Al-Chishtiyyah. Saya suka buku ini kerana¬†konsep sains islam sangat berlainan dengan sains sekular, macam lainnya ilmu baja organik dan baja kimia.¬†

Dalam internet ini saya jumpa keterangan yang serupa dari weblog blogger popular, alivewire (http://alivewire.wordpress.com) yang mengumpulkan himpunan doa-doa dan ibadah. Selain itu, seorang blogger jutawan berusia 25 tahun (seusia dengan saya), dari seberang yang lebih dikenali sebagai dino (www.jutawanblog.com, www.tanyasifu.com ) turut mengamalkan ayat ini. Dino ini saya kenali menerusi cik ishak (www.secretsteps.com) dan teringin juga nak ke kursusnya lepas raya haji ni.

Amalan¬†wirid ini dinamakan Kunci Pembuka¬†Khazanah Langit & Bumi. Ia beberapa kali dinyatakan dalam¬†Al-Quran, bukanlah saya ambil-ambil sahaja¬†sebarangan. Saya juga bukan¬†alim ulama’ yang layak mengajar agama, tetapi untuk berkongsi bukanlah satu¬†masalah.

Petikan dari blog An Open Book, nukilan alivewire :

Adalah dikhabarkan bahawa Uthman ibn Affan r.a. telah meminta penjelasan lanjut tentang firman Allah Berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi (yang tersebut beberapa kali dalam al-Qur’an).

Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepadanya: “Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi itu adalah yang berikut:

 

La ilaha illa llahu wa-Llahu akbar.

Wa subhan Allahi wal-hamdu li-Llahi

Wastaghfiru Llah alladhi la ilaha illa Hu

Wal-Awwalu wa-Akhiru waz-Zahiru wal-Bathinu

Yuh yii wayumitu wa huwa hayyunl la yamutu

Bi-yadihil-khayr wa huwa ‚Äėala kulli shay‚Äôin Qadir.

Ertinya:

Tiada yang disembah melainkan Allah

Allah Maha Besar Maha Suci Engkau

Segala Puji Bagi Allah

Aku memohon Ampun kepada Allah

Tiada yang patut disembah melainkan Dia

Dia yang awal Dia yang akhir

Dia yang zahir Dia yang bathin

Yang menghidupkan Yang mematikan

Dia yang hidup tanpa mati

Pada-Nya segala kebaikan

Dan Ia berkuasa atas segala sesuatu.

 

Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda : “Wahai Uthman! Barangsiapa membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah:

Pertama, segala dosanya yang lalu akan diampuni

Kedua : terlepas daripada siksaan neraka

Ketiga : dua orang malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan siksaan

Keempat : dia di kurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat

Kelima : dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a.

Keenam : dia di beri pahala seperti membaca seluruh Al-Qur’an, Zabur, Taurat dan Injil

Ketujuh : sebuah rumah akan didirikan untuknya di syurga

Kelapan, dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga

Kesembilan, dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan

Kesepuluh : permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.

¬†Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu‚ÄĚ.

Boleh juga membaca testimoni Dino tentang ayat ini di forum:

http://www.tanyasifu.com/forum/ibadat-serta-amalan-keagamaan/14-kunci-khazanah-langit-dan-bumi.html

 Alhamdulillah wirid ini sangat mustajab. Nak cakap lebih-lebih saya tak layak, tapi wirid ini sangat kuat kesannya. Lain orang lain ragamnya, tapi kalau pengalaman saya sendiri, sebelum dapat rezeki yang besar, dugaannya pun besar juga. Saya mengajarkan makcik saya juga dan dia mengamalkan lepas tengok kesannya pada saya dan dia pun akui kesannya, segala urusannya dipermudahkan. Maha Suci Allah Lebih Mengetahui.

HARI KE-7: Cara menggunakan OHN

banner-e-course2OHN yang dihasilkan adalah satu larutan ibu yang pekat dan tidak mengandungi air. Air yang ada dalam bahan datang semata-mata daripada halia dan bawang putih itu sendiri. Jus OHN yang dihasilkan itulah yang akan kita tapis dan gunakan.

 Untuk apa-apa pun tujuan penggunaan, samada memberi minum ternakan, baja semburan pokok, penghalau serangga atau sebagainya, biasakan mula-mula itu menggunakannya secair-cairnya dulu.

 Mencukupi sesudu jus OHN untuk setiap 1 liter air. Tidak perlu menantikan perubahan warna 1 liter air tersebut, memadai anda menggunakan 1 sudu teh OHN sahaja.

 Setiap bahan atau makhluk akan menunjukkan reaksi berbeza terhadap bahan lain pada kepekatan yang sama. Maka cacing, lembu, pokok bunga dan pokok limau akan menunjukkan reaksi pada tahap-tahap berbeza. Ia bergantung kepada saiznya, kadar tumbesaran dan macam-macam lagi. Pun begitu, kelainannya kebiasaan tidak banyak banyak beza antara satu sama lain.

 Sesudu untuk seliter sudah memadai. Mengapa ia memadai? Sebagai baja foliar, pokok tidak makan banyak melalui daun, ia hnya boleh makan secair-cair air hujan yang Allah jadikan membasahi daun-daunnya. Sebenarnya secara relatif, dalam setahun pokok cuma makan 2-3 sudu mineral sahaja. Jadi kita perlu mencerap kejadian alam untuk mencari relatifnya seperti nenek moyang kita dahulu.

Atas ↑