Cari

BOKASHI FARMER

Manuskrip Kejuruteraan Paleobiologi

Label

kursus baja organik

Gambar kursus di Lenggong

11

Saya ada upload sikit gambar di halaman ‘kursus’ dan ‘testimoni kursus’. semua ihsan dari darulnaim-agrotech.blogspot.com, urusetia lupa nak tangkap gambar.

kalau nak tengok gambar lebih lanjut kena tumpang website darulnaim agrotech huhu. klik sini : http://picasaweb.google.com/darulnaim.agrotech/KursusBajaOrganik15Nov08# atau lawati http://darulnaim-agrotech.blogspot.com/2008/11/elemen-tambah-nilai-baja-organik.html

BOKASHI FARMERS batch pertama

Alhamdulillah, KURSUS PENGHASILAN BAJA ORGANIK & TEKNOLOGI IMO berjalan lancar. Saya amat bersyukur dan lega kursus ini berjalan dengan baik dan para peserta melahirkan rasa puashati.

Saya hanya mengambil 15 orang sahaja untuk kursus ini, dan dari awal lagi menyediakan persiapan untuk 15 orang sahaja. Syukur alhamdulillah, dengan izin-Nya cukup 15 orang, malah terpaksa menolak permintaan lain untuk menyertai kursus ini.

15 orang ini amat penting bagi saya kerana faedah kursus ini kepada mereka adalah ‘kualiti’ kerja saya. Saya hanya mahu memastikan yang terbaik untuk peserta. Kehadiran mereka ke Lenggong merupakan satu impak. Mereka menjana mikroekonomi Lenggong dan mesti pulang dengan nilai melebihi pelaburan mereka.

Peserta datang dari seluruh semenanjung, ia sesuatu yang orang Lenggong tidak percaya saya boleh lakukan. Malah ia mengecutkan perut saya sendiri. Seorang pegawai memberitahu saya semasa kami meminjam kelengkapan darinya, bahawa orang tak berminat nak tahu baja organik ni, orang lebih suka tabur je baja kimia. Malah urusetia yang membantu saya setiap hari pun tidak menyangka ia boleh dilakukan.

Komen dan maklum balas dari peserta amat baik. Banyak komen membina dari peserta dan urusetia yang boleh membantu saya pada masa hadapan. Alhamdulillah, semuanya menyuarakan rasa puas hati. Pun begitu, banyak lagi yang mereka layak terima tetapi masa agak kesuntukan. saya juga belum berpuas hati dengan usaha saya yang pertama ini,  ia banyak perlu touch-up dan post mortem sangat penting. Saya akan menyiarkan komen mereka nanti.

Para peserta bersusah payah datang dari jauh dan penuh semangat nak menimba ilmu, saya amat terharu. Malah mereka memberi kerjasama yang amat baik dan nampak amat bersungguh untuk belajar. Sekalung terima kasih dari pihak saya, warga Lenggong untuk anda semua.

Para peserta ini dapat beberapa keistimewaan:

1. mereka dijemput hadir ke mana2 kursus anjuran saya secara PERCUMA, samada sebagai jemputan/pemerhati atau urusetia secara sukarela.

2. mereka menerima updated version kepada slide presentation kursus saya bernilai RM80.

3. 15 orang pertama akan menerima ebook saya secara percuma (belum lagi dibikin)

4. menyertai blog tertutup (kelab) yang istimewa hanya untuk peserta kursus berbincang dan mendapat bimbingan

5.  diskaun pembelian bahan-bahan mentah pertanian melalui saya, seperti molasses, dolomite,  zeolite, guano etc.

6. mereka menyertai blog BOKASHI FARMER sebagai penyumbang artikel dan penulis bersama.

Tujuan keistimewaan ini adalah untuk menggalakkan dan menyokong mereka terus ‘berkarya’ dalam bidang baja organik.

TERIMA KASIH DARI WARGA LENGGONG & PERAKMAN,

PERAK DARUL RIDZUAN.

KURSUS BAJA ORGANIK & TENOLOGI IMO – SUKUAN PERTAMA 2009

slide13slide21slide31slide41

Anda boleh mendapatkan ringkasan kursus dengan klik link dibawah:

http://docs.google.com/Presentation?id=dgfp2hrc_209c58q48g7

Selamat menyambut maal hijrah dan tahun baru 2009. Saya doakan rakan-rakan diberkati Allah dan murah rezeki tahun ini. Sememangnya tahun 2008 kita merasa lagi tempias kegawatan ekonomi seperti sepuluh tahun les. Walaupun tak digembar-gemburkan dengar khabar tamparan kali ini lebih teruk dari 1997.

Semasa saya masih menuntut di universiti, salah seorang pegawai sukarela unit palapes unimas adalah pensyarah, seorang pakar ekonomi negara. Pada waktu itu tahun 2004 beliau telah meramalkan tahun 2008 akan berlaku kegawatan ekonomi yang teruk. Katanya cari kerja cepat-cepat bila recession orang susah nak cari kerja, buang kerja pun ramai.

Bapa saya tidak pernah bersetuju Malaysia sudah pulih daripada kegawatan 1997. Banyak firma guaman gulung tikar & pekerja industri diberhentikan dalam 10 tahun.  Baru-baru ini sebuah keluarga balik duduk di kampung saya. biasanya bila ekonomi stabil sikit orang senasib dengan mereka pulang ke bandar semula.

Rakan saya beritahu dunia tidak beli minyak dari Malaysia. Ia menyebabkan petronas terpaksa memberhentikan ramai pekerja dan menutup cawangan2nya diluar negara. Tahun lepas petronas mengumumkan peningkatan keuntungan berbanding tahun sebelumnya. Wallahu’alam.

Harap tahun ini rakyat Malaysia lebih lasak untuk mengharungi kemerosotan ekonomi ni. Mungkin saya boleh membantu melalui kursus yang saya anjurkan. Menghasilkan baja terbaik barangkali tidak semestinya menghasilkan baja terlaris, tetapi dengan memahami ‘nilai tambah’ untuk penghasilan baja, anda boleh membuat keputusan yang lebih baik bagaimana menyelesaikan masalah pasaran, permintaan, sumber terhad dan tempoh tuaian.

kursus saya ini akan memperkenalkan beberapa perkara:

1) konsep asas baja organik dan perbandingannya dengan konsep baja kimia

2) cara penghasilan mikrob setempat & perbandingan dengan mikrob di pasaran

3) cara analisis kimia melalui cerapan, unit & alat pengukurannya

4) bahan2 tambah nilai & fungsinya

5) cara buat baja kompos / bokashi, IMO dan baja foliar / semburan dan penggunaannya

6) menyingkap bahan-bahan yang digunakan oleh ‘big players’ dan mengapa

pada bulan kedua insya allah saya akan melancarkan campuran aditif untuk baja kompos. bulan april kursus ini akan dipecahkan kepada dua jenis kursus. pertama: kursus penghasilan baja organik dan teknologi EM (asas), kedua : kursus tambah nilai baja bio-organik.

payment untuk trading ni lewat dari jangkaan saya, maka dewan depan rumah tu belum sempurna lagi. kalau ada pihak yang berminat untuk berkursus di Lenggong 17 Januari 2009 ni (sabtu) saya buka untuk 5 0rang penyertaan sahaja.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑