Adakah anda mencari kaedah membuat satu baja yang berfungsi sebagai hormon pertumbuhan, pemulih tanah dan biosekuriti tanaman? Anda suka projek do-it-yourself? Kini saya keluarkan starter kit baja bagi kalangan yang berminat buat baja sendiri. Anda boleh hasilkan baja semburan dan baja kompos di rumah dengan kit permulaan membuat baja ini. 

Baja hormon BOKASHI FARMER yang saya hasilkan telah menggalakkan anak gaharu berusia setahun untuk berbuah, anak betik meningkat 1 inci sehari dan buah cili berkilat, warna terang, rangup dan tidak ditebuk serangga. Baja BOKASHI FARMER juga telah memasuki ladang sawit 10 ekar setakat ini dengan kerjasama dua orang rakan kongsi, Pn Zaharah dan Pn Shima. 
Pengalaman saya hampir 11 tahun menjual baja, saya kerap mendapat request tentang kursus. Saya telah memberi kursus private kepada VVIP, jemputan ceramah ke Sabah selain anjuran saya sendiri. Bagaimanapun, mengumpul peserta secara konsisten agak sukar dan tidak mudah menetapkan kursus. Keperluan tiap individu juga berbeza, ada yang memerlukan kursus segera atau tidak dapat hadir pada tarikh kursus. Sebenarnya demo dan sesi hands-on bermodal tinggi dan merupakan sebab kursus yang dianjurkan bernilai RM450. 

Setelah pulang dari pengajian dan bekerja di syarikat antarabangsa dalam bidang e-commerce, saya mendapat ilham menghasilkan starter kit. Starter kit amat sesuai dengan orang yang baru hendak belajar sesuatu tetapi tutornya jauh. Anda tidak perlu menunggu tarikh tertentu, boleh buat baja di rumah dengan baca manual atau tengok video. Membeli starter kit secara online lebih ekonomi bagi kedua-dua belah pihak daripada menganjurkan kursus. Anda masih boleh rujuk tutor di Whatsapp dan dapat tips-tips dari perkongsian. 

Starter kit ini mengandungi 5 pek yang mengelaskan jenis-jenis sesuatu bahan seperti pek 1 adalah sumber mikrob dan pek 3 adalah sumber unsur-unsur mineral. Satu pek akan dibancuh tiap minggu mengikut manual yang diberikan. Saya menulis arahan dengan ringkas tetapi memberi keterangan teknikal dengan terperinci. Pemerhatian yang dijangkakan juga saya gambarkan dengan jelas supaya pengguna kit dapat membuat semakan hasil setiap peringkat.

Tempoh menghasilkan baja dengan kit, saya rumuskan selama sebulan untuk kemudahan pengguna. Anda akan di bimbing bagaimana menambah bahan pilihan anda sendiri sama ada ingin menambah anggur atau lemon ke dalam baja tersebut.

Starter kit ini terdiri daripada:

  1. Pek #1: SUMBER MIKROB BAJA
  2. Pek #2: SUMBER HORMON SERTA NITROGEN, FOSFORUS & FOSFAT (NPK) ASLI
  3. Pek #3: SUMBER UNSUR MINERAL & BIOSEKURITI
  4. Pek #4: SUMBER PEMULIH TANAH
  5. Pek #5: SUMBER NPK KIMIA

Kelebihan starter kit baja ini ialah

  1. Bahan-bahan eksotik seperti tahi kelawar, tricoderma dan batu kapur yang dibekalkan sukar didapati
  2. Panduan membuat larutan mikrob sendiri tanpa makmal
  3. Panduan membuat baja kompos berkualiti tinggi
  4. Buku resepi dan tips baja PERCUMA
  5. Pengasas starter kit baja pertama di Malaysia
  6. Mudah dibawa kemana-mana dan boleh dilakukan sendiri
  7. Boleh buat baja 100% organik atau separa organik
  8. Boleh buat baja semburan, baja suntik dan baja kompos

Saya mengambil masa 5-7 hari jika menyiapkan tempahan kit eksklusif ini. Buat masa ini saya menawarkan harga promosi RM150  sehingga pelancaran website. Saya fokus menyiapkan website dan mengambil sedikit masa melengkapkan kit ini. Di samping itu saya baharu menerima geran Agroprenuer Muda untuk tanaman lada hitam bersama rakan kongsi. Kami akan membuat kerja-kerja layout. Harga asal kit ini akan naik kepada RM350 dengan lebih kelengkapan. Peralatan yang tidak disediakan ialah tong baja dan penapis santan. Anda perlu membelinya sendiri. 

Jika ada sebarang rujukan boleh hubungi saya di 019.4420.413 whatsapp atau call. Kit ini sudah menjelajah ke Sabah dan Johor. Kit ini sesuai dengan orang baru belajar buat baja lagi-lagi multifungsi. Disini saya berkongsi pengalaman dalam industri sebagai konsultan selama 11 tahun. Tidak ada lagi mana-mana pihak mengambil inisiatif mengajar baja campuran begini dan yurannya beribu ringit di Thailand. Diharapkan lebih ramai pengusaha tanaman boleh mendapat manfaat dari kit ini.

Salam aidilfitri dari saya, Melor Mohd.Daud 🙂

Advertisements