IMG_0845.JPG
Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 2016 Kampung Lenggong, Perak
QR code website
scan me! Kg Kubang Jambu traffic light position

Pada Hari Ahad 27 Mac 2016 bersamaan 18 Jamadil Akhir 1437H, Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Lenggong menganjurkan Majlis Sambutan Hari Maulidur Rasul 1437H bertempat di Surau Ahmadiah, Kampung Ulu Lenggong sekaligus merasmikan logo baharu kampung kami. Majlis bermula dengan Perarakan dari Simpang Empat Lampu Trafik Kampung Kubang Jambu hingga perkarangan Surau Ahmadiah Kampung Ulu Lenggong pada pukul 9.00pagi. Yang istimewanya ialah saya mendapat kepercayaan tok ketua untuk membuat logo Kampung Lenggong🙂 syukur.

Perarakan di ketuai oleh Ketua Kampung Lenggong, Tuan Haji Mohd Razli Ahmad mengiringi jemputan kehormat, Ketua Penolong Pegawai Daerah En Faizal Nazim Md Nor, Ketua Balai Polis Lenggong, Ketua-ketua Kampung, disertai AJK JKK Kampung Lenggong, pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (STARULe), pelajar Sekolah Rendah Lenggong serta penduduk kampung.

IMG_0838
Generasi pelapis yang memeriahkan majlis
IMG_0847
Kontijen berarak ke Surau Ahmadiah sambil mengalunkan selawat
IMG_0849
Pelajar Sek Men Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (STARULe)
IMG_0850.JPG
Murid-murid Sekolah Rendah Lenggong
IMG_0851.JPG
Ahli JKK Kg Lenggong dan para penduduk

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat Al Quran daripada pelajar tahfiz, diikuti ucapan Ketua Kampung Tn Hj Razli Ahmad dan logo rasmi Kampung Lenggong pertama kalinya dirasmikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah En Faizal Nizam Md Nor.

IMG_0856.JPG
Pelajar Tahfiz Darul Ridzuan, Iqmal membacakan potongan ayat Quran
IMG_0858.JPG
Ketua Kampung Lenggong, Tn Haji Razli @ Paksu Jali memberikan ucapan aluan
IMG_0854.JPG
Para hadirin yang memeriahkan majlis sambutan
IMG_0859.JPG
Empat buah khemah dipasang untuk acara ini
IMG_0876.JPG
Ketua Penolong Pegawai Daerah, En Faizal Nizam Md Nor merasmikan majlis
IMG_0884.JPG
En Faizal Nizam merasmikan logo Kampung Lenggong diperhatikan oleh penceramah jemputan, Kapten (B) Al Fadhil Ustadz Dato’ Hj Mohd Najmuddin Elias AL Hafiz
IMG_0889.JPG
Cikgu Suhaimi selaku Emcee majlis memberikan penerangan rasional logo

 

logo kampung lenggong
Logo rasmi Kampung Lenggong, 33400 Lenggong PERAK. Ketua Kampung: Tn Hj Razali Ahmad. Pereka logo: Melor Mohd.Daud

Selepas perasmian, majlis diteruskan dengan acara kemuncak, kuliah Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan, Yang Berbahagia Kapten (B) Al Fadhil Ustadz Dato’ Mohd Najmuddin Elias Al Hafiz yang benar-benar meruntun hati. Beliau menceritakan analogi permohonan Rasulullah saw kepada Allah swt untuk menerima taubat umatnya. Begitu besar kasih dan pengorbanan nabi junjungan kepada umat. Dato’ Najmuddin menyentuh banyak isu termasuk kesihatan Dato Kazim Elias. Doakanlah kesembuhan Ustaz Kazim yang kita sayangi.

IMG_0892.JPG
Dato’ Najmuddin Elias menyampaikan kuliah Maulidur Rasul
IMG_0893.JPG
Dato’ Najmuddin Elias mengajak pengunjung berselawat beramai-ramai
IMG_0896.JPG
Penyerahan cenderahati dan hamper kepada penceramah jemputan, Dato’ Najmuddin Elias
IMG_0898.JPG
Penyerahan cenderahati kepada tetamu kehormat
IMG_0899
Penyerahan cenderahati kepada Ketua Balai Polis Lenggong oleh Ketua Kampung Lenggong, Tn Hj Mohd Razli Ahmad

 

Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderahati dan hamper kepada penceramah dan tetamu jemputan, disumbangkan oleh Cikgu Nona. Dua arca kayu disumbangkan oleh KR Studio dari  Tanjong Guest House Lenggong. Keseluruhan sumbangan peribadi yang diterima untuk program kali ini bernilai hampir RM5,000. Tahniah kepada JKK Kampung Lenggong terutama kepada Tn Hj Razli Ahmad, Ketua Kampung yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Dalam majlis ini saya sempat meminta autograf Dato’ Najmuddin untuk 2 buah buku beliau dalam koleksi ibu saya. Beliau membelinya zaman bekerja dengan RISDA Klang sewaktu pejabatnya menjemput penceramah-penceramah terkemuka untuk menyampaikan kuliah.

IMG_0903.JPG
Papan tanda kayu di hadapan Surau Ahmadiah sumbangan KR Studio
IMG_0907.JPG
Arca kayu di tempat wudhuk
IMG_0909
Tanaga-tenaga di sebalik tabir program, penduduk Kg Lenggong
IMG_0916
Kg Lenggong kids playing, after spending 2 days gotong royong. Hats off to these boys because they really work hard helping Tok Ketua even when most of us already leaving.