Skrip Pengacaraan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Cawangan Negeri Perak, Parlimen Lenggong

30 Januari 2016 (Dewan SRJKC Yeong Hwa Lenggong)

Pengacara Majlis : Melor Binti Mohd.Daud

TENTATIF TEKS PENGUCAPAN
 

8.50pagi

 

PENDAFTARAN

(Nada informal)

Asalamualaikum w.b.t tuan-tuan dan selamat pagi

Selamat Datang ke Dewan SRJK(C) Yeong Hwa Lenggong

Hadirin yang dihormati sekalian

Hadirin dijemput menjamu sarapan pagi yang disediakan sebelum acara bermula. Sebelum itu, semua jemputan diminta mendaftarkan diri di kaunter-kaunter urusetia beserta yuran RM5.

Sila pastikan para petugas menyerahkan kupon penerima sumbangan kepada puan-puan sebelum majlis berlangsung.

Kepada bukan ahli, puan-puan digalakkan membuat pendaftaran ahli baru di kaunter dengan kadar yuran RM15 sahaja.

Secara ringkas, tentatif pagi ini bermula pada pukul 9.30pagi dengan pembentangan mesyuarat agung perwakilan

Di ikuti majlis perasmian pada pukul 11.30pagi, dan majlis dijangka bersurai pada pukul 1 tengahari, apabila hadirin dijemput menjamu makan tengahari.

Selepas makan tengahari puan-puan diminta menyerahkan kupon di kaunter penyerahan untuk mengutip pakej sumbangan masing-masing.

Saya ulangi (2X)

Selamat menjamu selera dan terima kasih

 

9.20pagi

PRA

MESYUARAT

 

Para hadirin yang diraikan sekalian

Asalamualaikum w.b.t, salam sejahtera

Bagi pihak jawatankuasa saya mengucapkan selamat datang ke

MESYUARAT AGONG PERWAKILAN

PERTUBUHAN IBU TUNGGAL KEBANGSAAN MALAYSIA

 

Pengumuman kepada para tetamu

Mesyuarat agung akan dimulakan sebentar lagi, hadirin diminta mengambil tempat di dalam dewan. Bagi puan-puan yang baru tiba, sila buat pendaftaran di kaunter urusetia dan dapatkan kupon sumbangan dan buku program daripada para petugas.

Mesyuarat agung akan bermula pada pukul 9.30pagi. Terima kasih.

 

9.30pagi

MESYUARAT

AGONG

 

Baik, bismillahir rahmanir rahim

Tibalah masanya untuk sesi pembentangan Mesyuarat Agung Perwakilan.

Justeru, saya dengan segala hormatnya menyerahkan majlis kepada Pengerusi Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan cawangan Negeri Perak,

Yang Mulia Pn Zaidah Jahidin

bagi memimpin agenda utama sesi Mesyuarat Agung pada pagi ini.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

 

11.20pagi

 

PRA

PERASMIAN

 

Asalamualaikum w.b.t puan-puan dan selamat sejahtera

Majlis mengalu-alukan kehadiran puan-puan sekalian ke Dewan SRJK(C) Yeong Hwa Lenggong

 

Hari ini Sabtu tanggal 30 Januari 2016

Hadirin dijemput oleh Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan (PITK) cawangan Negeri Perak untuk menjayakan, dan untuk diraikan dalam mesyuarat agung seterusnya majlis perasmian.

 

Hadirin yang dimuliakan,

 

MOHON PERHATIAN

 

Sebentar lagi kita akan memulakan majlis, untuk itu puan-puan diminta mengambil tempat di dalam dewan.

 

Sila pastikan puan telah membuat pendaftaran di kaunter, dan petugas majlis telah menyerahkan kupon sumbangan kepada puan.

 

Bagi melancarkan perjalanan majlis, mohon hadirin mematikan telefon bimbit, atau meletakkannya pada mod pengaturcaraan senyap.

 

Sebentar lagi kita akan mengumumkan ketibaan tetamu VIP, tuan-tuan diminta berdiri dan kita akan berselawat ke atas nabi bersama-sama sementara tetamu kehormat akan mengambil tempat.

 

Begitu juga semasa majlis mengumumkan keberangkatan pulang tetamu VIP, hadirin dalam dewan akan berdiri serentak mengalunkan selawat nabi sehingga VIP meninggalkan majlis.

 

Sehingga itu puan-puan diminta terus menemani majlis, kami mengharapkan sokongan tidak berbelah bagi daripada hadirin yang diraikan sekalian

serta tepukan gemuruh dari dewan sepanjang acara rasmi berlangsung.

 

Sekali lagi majlis mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih diatas kerjasama puan-puan semasa menjayakan program ini.

 

Majlis akan dimulakan sebentar lagi.

 

 

 

11.30pagi

 

(PERASMIAN)

 

 

PENGUMUMAN

KETIBAAN

VIP

 

(Selawat) Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat

Yang Berhormat

Dato’ Shamsul Anuar bin Hj Nasarah

Ahli Parlimen Lenggong,

merangkap

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia

diiringi oleh

(Escort 1) Yang Berbahagia Tuan Hj Mohd Razli bin Ahmad

Pengerusi Pertubuhan Ketua Kampung Daerah Lenggong

merangkap Ketua Kampung Lenggong,

(Escort 2) Yang Berbahagia Cikgu Fahmi bin Osman

Ketua Penerangan UMNO Bahagian

merangkap Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bahagian

dan

(Escort 3) Yang Berbahagia En. Abdul Majid Md Abbas

Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bahagian,

serta

dif-dif jemputan, masuk ke dewan.

Dipersilakan para tetamu jemputan mengambil tempat

(VIP duduk)

Hadirin dipersilakan duduk

(Selawat berhenti)

 

 

 

 

 

UCAP

SELAMAT

Bismillahir rahmanir rahim

Asalamualaikum w.b.t, salam sejahtera

Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya

 

Indah Berbalam Si Awan Petang

Berarak di Celah Pohon Ara

Pemanis Kalam Selamat Datang

Awal Bismillah Pembuka Bicara

 

Jejaran mengkudu berbias kesuma

Di celah angsana di Tanah Jawa

Ucapan Aluan pembuka bicara

Di Dewan Yeong Hwa kita bersua

 

Majlis dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan Yang Berhormat, dif-dif jemputan dan juga para hadirin yang dimuliakan ke

(Nada meninggi)

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGONG PERWAKILAN

PERTUBUHAN IBU TUNGGAL KEBANGSAAN MALAYSIA

Cawangan NEGERI PERAK, PARLIMEN LENGGONG

Untuk KALI KE-3 TAHUN 2016!

 

(Mengetuai Tepukan Gemuruh)

 

11.35pagi

 

 

SALUTASI

 

 

Yang Berhormat Dato Shamsul Anuar bin Hj Nasarah

Wakil Rakyat Parlimen Lenggong

 

Yang Mulia Pn Zaidah Jahidin

Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan

cawangan Negeri Perak, Parlimen Lenggong

 

Yang Berbahagia Tuan Hj Mohd Razli Ahmad

Pengerusi Pertubuhan Ketua Kampung Daerah Lenggong

 

Yang Berbahagia Cikgu Fahmi Othman

Ketua Penerangan UMNO Bahagian

 

Yang Berbahagia En. Abdul Majid Md Abbas

Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bahagian

 

Yang Mulia puan-puan NGO Lenggong terdiri daripada:

1.       Yang Mulia Pn Hajah Rosmaiza Md Ali

Ketua Penerangan Wanita UMNO

 

2.       Yang Mulia Pn Hajah Khadijah Kasim

Pengerusi Skuad Amirah Daerah Lenggong

 

3.       Yang Mulia Pn Rohani Aziz

Timb. Pengerusi Srikandi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM)

 

4.       Yang Berbahagia Pn Hajah Norkiah Shafie

Pengerusi Usahawan Wanita Daerah Lenggong

 

5.       Yang Mulia Pn Norijah Imam Lembik

Pengerusi Persatuan Seri Muhibbah

 

6.       Yang Mulia Pn Nor Hashimah Seman

Pengerusi Penjaja Kecil Hulu Perak

 

Ahli-ahli Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan cawangan Negeri Perak

DUN Kenering dan Kota Tampan dalam Parlimen Lenggong

 

 

 

KATA

ALUAN

MC

 

Terlebih dahulu, majlis memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi

dengan limpah kurnia dan Inayahnya, kita masih diberkati untuk dipertemukan lagi dalam acara tahunan yang penuh bermakna ini.

Pada kesempatan ini

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Dato Shamsul Anuar bin Hj Nasarah di atas kesudian Yang Berhormat meluangkan masa untuk menjayakan majlis pada hari ini.

Sidang dewan yang dihormati,

Majlis ini dianjurkan khusus bagi meraikan para ibu tunggal,

Wira-wira yang tak dimasyhurkan

Namun sentiasa terpahat di sanubari sebagai ratu, susuk ampuh,

dan sokongan terpenting dalam sebuah keluarga.

 

Semoga usaha yang murni ini diberkati Allah hendaknya.

 

11.40pagi

 

BACAAN

DOA

 

Lebat kemiri pohonnya rendah Dahan terikat tali perkasa Sepuluh jari kami menadah Mohon berkat yang Maha Esa

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memakmurkan lagi majlis,

marilah kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa.

 

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Hj Mohd Razli Ahmad, Pengerusi Pertubuhan Ketua Kampung Daerah Lenggong untuk memimpin bacaan doa

Dipersilakan.

(DOA)

Amin, amin, ya rabbanal alamin

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Hj Mohd Razli Ahmad di atas bacaan doa itu tadi.

 

11.45pagi

UCAPAN

ALUAN

PENGERUSI

 

Dayung sampan dulu-duluan

Singgah berlabuh di Tanjung Jati

Ucapan sebagai alu-aluan

Mari tuan sama-sama amati

 

Sebagai pembuka tirai,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Mulia Pn Zaidah Jahidin, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan cawangan Negeri Perak, Parlimen Lenggong

merangkap Pengerusi Srikandi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis mempersilakan. (Mengetuai Tepukan)

……

(Mengetuai Tepukan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Yang Mulia Pn Zaidah Jahidin atas ucapan pembukaan itu tadi. Tanpa penglibatan beliau, pastinya agenda persatuan terasa kekurangan.

 

11.55pagi

 

UCAPAN

PENGHARGAAN

NAIB

PRESIDEN

 

Dara rupawan tersenyum manis Petik kenanga kuntum delapan Hadirnya puan penyeri majlis Mohon kiranya susuli ucapan

Seterusnya majlis diserikan lagi dengan

Ucapan penghargaan daripada Naib Presiden Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan cawangan Negeri Perak dari Parlimen Pasir Salak.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Mulia Pn Rahimah Salleh untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Dipersilakan (Mengetuai Tepukan)

……

( Mengetuai Tepukan)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Mulia Pn Rahimah Salleh atas ucapan tadi.

 

12.00 tengahari

UCAPAN

PERASMIAN

 

Besar Langit di Tepi Busut

Atas Papan Batang Jerami

Besar Hajat Kami Menjemput

Tiba Masa, Bicara Perasmi

 

Kalau tuan pikat kenari Jangan patahkan batang jerami Kepada tuan hormat diberi Mohon rasmikan majlis kami

Sidang dewan yang dimuliakan,

Sebelum saya menjemput Yang Berhormat untuk berucap, majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato kerana baharu diberikan mandat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam sebagai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia.

Berikan tepukan yang gemuruh kepada Yang Berhormat Dato

 

( Mengetuai tepukan)

 

Oleh itu majlis mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato di atas perlantikan tersebut.

 

Hadirin yang dihormati sekalian

 

Saat yang dinanti-nantikan telah tiba.

 

Majlis dengan penuh takzimnya menjemput

Yang Berhormat

Shamsul Anuar bin Hj Nasarah

untuk menyampaikan ucaptama seterusnya merasmikan

Mesyuarat Agung Perwakilan

Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan

cawangan Negeri Perak, Parlimen Lenggong

 

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan

 

( Mengetuai tepukan)

……….

( Mengetuai tepukan)

 

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Shamsul Anuar bin Hj Nasarah diatas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

 

Di antara intipati ucapan Yang Berhormat untuk ikhtibar kita ialah

seruan untuk persatuan berfungsi sebagai perunding atau penyelesai masalah kepada komuniti ibu tunggal di kawasan ini.

 

Justeru, diharapkan

dengan ucapan sebentar tadi dapat menjadi dorongan kepada perwakilan baru kita dan kita semua amnya dalam menempuh cabaran

pada tahun 2016.

 

12.20 tengahari

 

PENYAMPAIAN

SUMBANGAN

 

Kelopak biru dalam jambangan Delima merekah menambah seri Nampak baru barang sumbangan Majlis nan indah diteruskan lagi

Para hadirin yang dihormati sekalian

Acara diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada wakil-wakil ibu tunggal daripada kawasan DUN Kenering dan Kota Tampan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput

Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan

cawangan Negeri Perak

Yang Mulia Pn Zaidah Jahidin

Untuk mengiringi

Yang Berhormat

Dato’ Shamsul Anuar bin Hj Nasarah

ke pentas bagi menyempurnakan gimik penyerahan sumbangan

kepada wakil-wakil ibu tunggal.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

Para wakil diminta bersedia untuk mara ke hadapan untuk menerima sumbangan.

 

Senarai penerima sumbangan Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan

cawangan Negeri Perak, Parlimen Lenggong:

(rujuk SENARAI)

(Wakil 1) Pn Aishah Ahmad dari Air Panas

(Wakil 2) Pn Sadariah Dollah dari Air Panas

(Wakil 3) Pn Rozita Mohd Tajuddin dari Gua Badak

(Wakil 4) Pn Zaini Dam dari Air Jada

(Wakil 5) Pn Salmah Salleh dari Kampung Beng

Dan (Wakil 6) Pn Aishah Kecik dari Bukit Nangka

Para wakil diminta tampil untuk sesi bergambar dengan Yang Berhormat bagi acara penyerahan sumbangan ini

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat diatas penyampaian sumbangan itu tadi.

Semoga segala usaha gigih yang dijayakan hari ini mendapat

perkenan Allah s.wt.

 

12.30 tengahari

 

PENYAMPAIAN

CENDERAHATI

 

Tanpa melengahkan masa sekali lagi

Majlis mempersilakan Yang Mulia Pn Zaidah Jahidin,

Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan

cawangan Negeri Perak

 

untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan

kepada

Yang Berhormat Dato Shamsul Anuar bin Hj Nasarah

Ahli Parlimen Lenggong,

merangkap

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

juga merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia

kerana sudi memeriahkan majlis kita pada pagi ini.

 

Majlis merakamkan jutaan terima kasih dan rangkaian penghargaan kepada Yang Berhormat

Dato Shamsul Anuar bin Hj Nasarah.

Tanpa sokongan Yang Berhormat selama ini,

usaha dan harapan persatuan pastinya tidak menjadi keberhasilan.

 

Seterusnya, penyampaian cenderahati kepada dif-dif jemputan yang dikasihi.

Majlis mempersilakan

Yang Berbahagia Cikgu Fahmi Osman

Mewakili Yang Berhormat Dato Hj Tarmizi Idris

Datuk Shahbandar Hulu

Merangkap Yang Berhormat DUN Kenering

 

Yang Berbahagia Tuan Hj Mohd Razli Ahmad

Pengerusi Pertubuhan Ketua Kampung Daerah Lenggong

merangkap Ketua Kampung Lenggong

Yang Berbahagia Cikgu Fahmi Osman

Ketua Penerangan UMNO Bahagian

merangkap Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bahagian

 

Yang Mulia Pn Rahimah Salleh

Naib Presiden Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan

cawangan Negeri Perak Parlimen Pasir Salak.

 

 

Serta Yang Mulia Barisan NGO Lenggong, terdiri daripada:

1.       Yang Mulia Pn Hajah Rosmaiza Md Ali

Ketua Penerangan Wanita UMNO

 

2.       Yang Mulia Pn Hajah Ramlah Kassim

Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Penduduk Bukit Senyum

 

3.       Yang Mulia Pn Rohani Aziz

Timb. Pengerusi Srikandi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM)

 

4.       Yang Mulia Pn Norijah Imam Lembik

Pengerusi Persatuan Seri Muhibbah

 

5.       Yang Mulia Pn Nor Hashimah Seman

Pengerusi Penjaja Kecil Hulu Perak

Demikianlah sesi penyampaian cenderahati itu tadi, saya bagi pihak ahli jawatan kuasa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu kehormat, dif-dif jemputan dan khususnya kepada para hadirin yang diraikan dalam majlis ini.

 

12.45 tengahari

 

PENUTUP

 

 

Banyak Keluk ke Penarik

Keluk Tumbuh Pohon Kuini

Nan Elok Bawa Balik

Nan Buruk Tinggallah Disini

 

Bunga Dedap Atas Para

Anak Tekun Pasang Pelita

Kalau Silap Tutur Bicara

Jari Disusun Maaf Dipinta

 

Dengan ini, berakhirnya upacara perasmian pada pagi ini

Majlis Mengumumkan

Keberangkatan Pulang

Yang Berhormat Dato Shamsul Anuar bin Hj Nasarah

Ahli Parlimen Lenggong

Di iringi dif-dif jemputan keluar majlis

ke kamar santapan.

HADIRIN MOHON BERDIRI

(Selawat)

Hadirin yang dikasihi sekalian

Sebelum mengakhiri majlis, izinkan saya membuat pengumuman.

 

 

Para hadirin dijemput menjamu makan tengahari sebelum bersurai dan jangan lupa menyerahkan kupon sumbangan anda pada para petugas

di kaunter-kaunter serahan yang disediakan untuk

mengambil pakej sumbangan.

 

Kerjasama tuan-tuan dalam menjayakan majlis ini amtlah kami hargai.

 

Dari saya, MELOR MOHD DAUD

Juruacara majlis ini

selesai sudah tugas diberi,

di lain masa berjumpa lagi

 

Asalamualaikum w.b.t

 

Tips Pengacaraan Majlis

  1. Semak tentatif program dengan penganjur sebelum menulis skrip. Minta aturcara majlis dan senarai berkaitan lebih awal. Susun acara mengikut masa dan berikan jangkaan tempoh (timing).
  2. Semak nama, gelaran dan jawatan tetamu jemputan/penceramah yang betul.
  3. Kerap run-through skrip pengacaraan dengan pihak penganjur. Pertama semak perincian semasa perbincangan awal, kedua selepas menyiapkan skrip dan; ketiga ketika raptai, sehari sebelum atau sejurus sebelum majlis.
  4. Taip skrip pengacaraan dengan kemas untuk mengelakkan kekeliruan akibat banyak perubahan saat akhir.
  5. Pilih pakaian sesuai dengan majlis dan jenis audien.
  6. Datang ke mesyuarat atau taklimat penganjur. Kenali pihak jawatankuasa majlis, PA system, katering, musician. Atur taklimat/raptai dengan semua pihak untuk memastikan semua bersedia dengan tugas masing-masing.
  7. Datang awal ke majlis. Uji mikrofon sebelum majlis. Di awal majlis, mohon petugas tidak duduk jauh daripada PA system atau meninggalkan majlis.
  8. Sahkan segala perincian, senarai, kedudukan dan perubahan pada hari kejadian dengan floor manager. Semak kehadiran jemputan yang akan memberi ucapan/ceramah atau menerima hadiah, sumbangan, cenderahati.
  9. Berurusan dengan seorang urusetia sahaja untuk kelancaran perubahan minit akhir.
  10. Buat pengumuman pra-majlis untuk mengawal audien jika perlu.
  11. Cukup rehat sebelum majlis. Bersedia awal untuk pakaian, skrip, latihan.
  12.  Ulas ucapan setiap jemputan yang berucap