Tujuan sebenar saya mengadakan kursus online percuma OHN ni adalah untuk menghargai rakan-rakan online yang sudah rapat dan amat berminat dengan topik yang saya bawa disini.

Kehadiran rakan-rakan online yang rajin komen dan membuka blog ini amatlah saya hargai. Sebetulnya saya amat terharu dengan sambutan yang diberikan. Yang mengharukan itu apabila ada yang tak dapat hadir ke kursus, tapi rajin sekali menelaah tulisan saya. Timbul rasa nak memberikan sokongan semula.

Sebuah blog tidak ceria tanpa komen dan rakan-rakan. Malah ada pembaca blog ini yang sudah cam beberapa nama yang selalu komen disini. Lingkungan sahabat di internet ada impaknya sendiri, ada sahabat yang kerap menelefon, ada yang membimbing hal-hal teknikal internet, ada yang bersahabat sejak zaman forum di bicarajutawan.com, ada yang menyumbangkan buku, bahan dan pelbagai lagi. Semoga keakraban ini berterusan dan ada aktiviti susulan yang boleh diatur selepas ini.

Saya akan menjawab setiap soalan yang berkumpul di post-post terdahulu, harap tidak berkecil hati. OHN adalah asas baja organik. Harapan saya dengan memahami asas, anda boleh membuat banyak lagi. Part yang menjadi rahsia disini hanyalah result OHN. itu rahsia yang saya tinggalkan untuk anda kupas sendiri.

OHN bukan ilmu baru. ia amalan kuno pertanian dan masih diamalkan oleh sesetengah petani organik di rantau Asia. Googlekan ‘ginger-garlic extract’ dan anda akan bertemu lebih banyak info. Selamat beramal!