Tidak banyak yang boleh saya ceritakan mengenai OHN ni, sudah puas difikir-fikir pun memang OHN pendek saja ceritanya.  Sebenarnya saya sudah terlebih bagi, idea tu keluar macam air bila menulis.

OHN merupakan sebahagian daripada silibus kursus saya. peserta mesti mempelajari OHN kerana disebalik pembikinannya yang mudah dan murah itu, kita terlepas pandang potensinya yang besar sejak berkurun-kurun manusia memakainya. Maka tidak semestinya menggunakan bahan-bahan asing dan jarang didengar sahaja dapat menghasilkan produk berkualiti.

Sambutan terhadap kursus di Lenggong pada Sabtu ini luar jangkaan saya. Ingatkan taklaku, orang taknak mai. Alhamdulillah 5 orang pun ada juga orang nak datang. saya dan keluarga sebetulnya memang suka dan selesa dengan bilangan yang sikit. Sedikit pun tanggungjawabnya besar. Kalau 30-50 orang tu ikut kemampuan masa hadapan nanti, mungkin bila sudah pandai bergandingan dengan mana-mana jabatan dan persatuan.

Untuk meneruskan kelangsungan keberkatan ilmu kursus yang lepas di Lenggong (November 2008 ) bagi kesemua kami yang menjayakan program tersebut, 10% keuntungan telah disedekahkan kepada pihak yang layak. Semoga Allah memberkati.

Untuk penganjuran kursus bulan Januari, Impax Melor Enterprise akan menyumbangkan 15% keuntungan kepada Dana untuk Gaza anjuran NSTP. Ia sumbangan kecil kami kepada Masjidil Aqsa dan saudara kita yang menderita di Palestin. Semoga Allah melindungi saudara kita dari kekejaman Zionis.