Jika anda tidak tahu apalagi yang boleh dibuat dengan OHN, saya cabar anda buat apa yang saya katakan ini:

Bancuh OHN dgn air pada kadar 1:4 dalam sebesen air dan tuang ke pangkal pokok tanaman. Apa yang terjadi dalam 4 minggu🙂

Baja organik samada kompos atau OHN memang agak lambat kesannya, ia akan menjadi lebih ketara dalam 3-4 minggu penggunaan. Pun begitu biasanya dosis penggunaan baja organik tetap dipakai dengan kerap, contohnya 1 minggu sekali. banyak faktor yang mempengaruhi, contohnya kualiti baja, pH tanah, ketersediaan tanah untuk serap nutrien, larut lesap dan sebagainya.

Jika tanah mempunyai pH yang terlalu berasid atau beralkali, ada unsur-unsur nutrien yang tak dapat diserap tumbuhan. Jadi apabila membaja dengan banyak, one-shot untuk sebulan biasanya baja tadi terbazir kepada larut lesap daripada diserap pokok. Tetapi pada tanah yang sihat, sekali/dua kali pakai untuk sebulan tidak membazir. Untuk menstabilkan pH tanah dan ketersediaannya untuk bertukar2 unsur nutrien, maka petani memperbetul pH melalui pengapuran.

Ada juga feed back dari sahabat yang memberitahu, pemakaian OHN tanpa dilution kepada luka ternakan menyebabkan ternakan menggarunya dengan lebih lagi. Pakai OHN tanpa dilution untuk rawatan luka dan puru memang boleh dilakukan, tetapi jangan lupa membasuhnya. saya menggunakan OHN asli keatas luka haiwan peliharaan, tetapi saya membasuhnya. Begitu juga bila memandikan dengan OHN, saya cairkan lain sebelum sapu pada bulunya. Konsepnya mudah saja, kalau kita pakai OHN pada luka sendiri dan rasa pedih, maka begitu juga haiwan. Ia menyebabkan rasa tidak selesa, terutama baunya haiwan tidak suka.

Maka OHN bukanlah tidak sesuai dipakai untuk luka rawat ternakan, tetapi cara merawat juga perlu penyesuaian dan jika anda suka untuk membuat ujian sendiri, cuba-cubalah pelbagai cara untuk mencari keserasian, insya Allah anda akan semakin selesa menggunakannya.