banner-e-coursesudah hampir 10 hari kursus ini ditangguhkan, terima kasih kerana menunggu🙂. saya assume peserta baru yang ketinggalan sudah cukup masa untuk catch up dan rakan-rakan yang mengikuti blog ini sudah ada sedikit pengalaman menggunakan OHN.

ilmu teori sudah saya kupas dengan panjang lebar, tak banyak sangat ilmu OHN ni, sebenarnya ia amat ringkas, cuma boleh diserapkan dalam OHN konsep pembikinan baja dengan kupas ke dalam, kupas keluar. sebahagian pengetahuan lagi boleh dikembangkan lagi melalui pengalaman menggunakan OHN.

jadi apa perkembangan para peserta selepas menggunakan OHN ni, adakah ia mengurangkan masalah hama, meningkatkan kesihatan ternakan atau tak nampak bezanya? kita bincangkan semula penggunaannya. tahap perbincangan ini sebenarnya sudah masuk fasa ke-2 dalam eksperimen: cerapan & perbincangan. fasa 3: kesimpulan & saranan.

setakat ini sudah 3 kali saya menghasilkan OHN, selain daripada penggunaan sendiri, saya beri pada rakan, saudara dan tetamu yang datang untuk mengutip ilmu. pakai untuk pertanian, ternakan dan household.  sepanjang penggunaan OHN saya tidak mengalami masalah, sebab kadang kala ia perlu di’oter’/diubahsuai terutamanya bila tak ada perubahan.

saya tengok kalau OHN sebagai insect repellant, perlu pakai pada frekuensi yang lebih tinggi/lebih pekat.  dalam 3 hari hama dan afids akan berkurangan dengan ketara. saya perhatikan lebah masih mendatangi pokok yang disembur, jadi barangkali ia bersifat selektif, tidak memusuhi semua jenis serangga.

sebagai baja semburan ia sebaik FFJ, FPJ lain. pucuk dan tunas membesar dengan baik, nampak daun muda kurang musuh. kalau disiram tak sesuai terlalu pekat. untuk pokok sensitif seperti bunga ros daun tua cepat kuning. jadi pembajaan secara cair sahaja dan boleh lebih kerap, bunga boleh tahan lama.