banner-e-courseSelain halia dan bawang putih, ada beberapa option lain untuk bahan-bahan yang boleh digunakan. Cuma halia dan bawang putih ini biasa dijadikan bahan ‘core’ dalam pembuatan OHN. OHN pula boleh dijadikan bahan tambah / ‘booster’ dalam faja foliar FFJ,FPJ, FFA.

Petikan daripada sebuah website mengenai Korean Natural Farming oleh Masami Sakaban, 1999 mengenai OHN: http://www.genevar.com.au/seedsavers/resources/10.html

” Made from some popular oriental herbs (such as Angelica , Glycyrrhiza uralenses, Cinnamomum lureirii) We can use ginger or garlic instead. It is softened and fermented by adding beer. Nutrients are extracted by adding spirits. OHN is applied to plant leaves to fortify phyllosphere microbes used for seed treatment.(0.1% concentration) ”

Angelica ialah sejenis tumbuhan yg menyerupai daun pasli, saderi atau lobak, sila baca di http://jusherba.wordpress.com di sini: http://72.14.235.132/search?q=cache:8WS4KIQpwTIJ:jusherba.wordpress.com/2007/07/24/herba-dan-tubuhan-ubatan/+tumbuhan+angelica&hl=en&ct=clnk&cd=2&gl=my. Angelica melancarkan pengambilan nutrien bagi tumbuhan.

Glycyrrhiza uralenses ialah licorice dan Cinnamomum lureirii pula kulit kayu manis. disini juga ada cerita mengenai licorice, halia dan bawang putih. ternyata bahan-bahan OHN ni banyak dimanfaatkan dalan Chinese Oriental Herbal Medicine. Ia mirip-mirip sebenarnya. Anda nak tengok gambarnya sila ke http://www.aidanbrooksspices.blogspot.com/2007/10/angelica.html , blogger ini mengumpul semua jenis rempah dalam blognya, complete guide.

penyediaan ekstrak angelica, kulit kayu manis dan licorice berbeza daripada OHN halia/bawang putih. Saya kira perbezaan ini mungkin kerana kandungan air dalam bahan berbeza antara dua jenis OHN. halia dan bawang putih mengandungi air lebih banyak daripada angelica/cinnamon/licorice yang lebih kering. bila kurang air, maka ekstrak bahan sukar melarut dalam bahan lain seperti gula merah. maka seperti amalan perubatan cina tradisional, cara untuk mengekstrak ginseng dan akar-akar kayu adalah dengan menggunakan pelarut berkutub seperti tuak dan cuka.

licorice/angelica/cinnamon akan direndam dalam tuak semalaman untuk melembutkan struktur selulosa dan ligninnya sebelum dicampurkan gula merah (seperti biasa) pada kadar 1:1 dan diperam seminggu. dengan adanya tuak dan gula merah, ia menggalakkan pembiakan EM. selain itu, sumber alkohol / tuak bertindak sebagai pengawet semulajadi.

selepas seminggu, campuran tersebut ditambah dengan spirit yang mengandungi 37% alkohol.

‘spirit’ dengan kandungan alkohol 37% yang dimaksudkan disini ialah arak keras yang disuling daripada penapaian bijirin, sayur atau buah tanpa menggunakan gula. nama lain bagi spirit ialah ‘liquor’ dan contoh spirit ialah rum, vodka, tequila atau wisky. spirit adalah panggilan kepada minuman keras yang mengandungi paras alkohol paling rendah sebanyak 30%.

minuman keras yang ditapai menggunakan yis seperti tuak, beer dan wine mengandungi paras alkohol yang rendah iaitu 15% ke bawah. beer mengandungi 4-6% alkohol, manakala tuak dan wine mengandungi 9-15% alkohol. penapaian yis tidak mampu menghasilkan alkohol melebihi 15% dan penapaian berhenti setakat ini saja.    

kebiasaannya spirit atau liquor dipasarkan dengan menambah gula dan bahan perisa. istilah ‘fortified wine’ atau dipanggil ‘liqueur’ pula merujuk kepada penambahan sedikit liquor/spirit kepada wine. spirit ditambah kepada tuak bertujuan untuk mengawetkannya supaya tahan lama dan keupayaan mengektrak bahan bioaktif lebih kuat. ia ditambah sebelum penapaian lengkap tuak yang membunuh yis dan meninggalkan sisa gula merah. hasilnya liqueur menjadi lebih manis dan kuat serta peratus alkohol akan meningkat dari 15% kepada 20%.

sama seperti OHN halia/bawang putih, tiada kulat/yis yang terbentuk.

Rujukan:

http://en.wikipedia.org/wiki/Liquor