banner-e-courseAda beberapa faktor mengapa saya memilih OHN untuk kursus online ini. Pertama, untuk berhubung dengan seantero Malaysia, saya perlu memilih baja yang mudah dihasilkan tetapi unik. bahan-bahannya perlulah tidak membebankan para peserta dan amat mudah didapati di dapur rumah.

Kalau saya memilih OHN dari kulit kayu manis, licorice, cuka asli, tuak dan spirit maka pembabitan orang ramai pastinya sangat rendah kerana availability bahan-bahan tersebut. Maka kita tidak akan tahu dan cuba manfaatkan halia/bwg putih cara yang berbeza.

Kedua, bahan-bahan ini depan mata tapi jarang sekali kita dapat mentafsirnya sebagai baja. Penggunaan dan konsep bahan-bahan ini senang difahami kerana hari-hari dok tengok dan rasa, maka tak susah nak dapat ‘feel’. Antara kepandaian mentor-mentor baja organik yang saya tengok ialah mereka ‘melihat’ seperti orang lain tetapi mereka ‘nampak’ apa yang orang lain tidak nampak. Paklias juga pernah memberi bayangan, sebenarnya bahan-bahan tu ada dalam pinggan kita, ia sisa-sisa makanan kita.

Kalau nak buat FFJ, FFA atau FPJ mudah juga tapi orang tak terdedah nak buat pakai herba. Cuba anda ‘google’kan OHN, tak banyak info mengenai baja dari herba kecuali cerita perubatan. Mungkin ini sedikit pendedahan mengenai halia dan bawang, serai sebagai baja.

Ada yang bertanya mengapa pakai halia & bawang putih sebagai bahan utama, melalui pengamatannya ia cuma bahan tambah dan kulit kayu manis lebih baik. 

Katakan kita rujuk nisbah OHN jurnal natural farming dari jabatan pertanian, 2:1:1:1 untuk angelica : kulit kayu manis : halia : bawang putih. OHN disediakan dalam 2 cara berbeza. halia + bawang putih : gula merah disediakan mengikut kadar 1:1. angelica dan kulit kayu manis disediakan dengan mencampurkannya dalam tuak & spirit dan beberapa kali peram.

Nisbah halia : bawang putih yang kecil (1:1) berbanding angelica : kulit kayu manis (2:1) tidak semestinya menunjukkan sesuatu bahan tu adalah bahan tambah. halia dan bawang putih adalah bahan teras. ia berkepekatan lebih tinggi dari OHN angelica, pada nisbah 1:1 sudah mencukupi. 

Ekstrak angelica: kulit kayu manis terlarut kedalam tuak dan spirit yang merupakan pelarut berkutub, maka kepekatannya lebih rendah walau blh diekstrak banyak kali. tanpa mencampurkan kedua2 OHN ini pun masih blh guna secara berasingan. maka OHN bawang putih/halia boleh berdiri dengan sendiri.

Sebelum mengesyorkan pada orang ramai, saya dah pakai sendiri. setakat ni berkesan dan menarik. saya buh pada luka kecil (tak dilute) , ia cepat kering. kucing saya berkurap, dia akan menggaru biarpun berdarah-darah. saya sental dengan OHN (tak dilute), bagi mandi OHN 2 kali (dilute sesudu OHN:seliter air) lepas seminggu bulunya tumbuh kembali dan kurap hilang. sama juga sekor lagi yg bernanah sampai ke isi, saya dilute OHN dan cuci dagingnya yang terdedah, buat 2 kali, buh gamat, ia sembuh dengan sendiri. 

OHN ni dah pakai pada 2 ekor anak lembu kawan yang kena ‘puru’. satu sudu penuh : 1 cebok air. lepas seminggu puru tu beransur2 pulih, tapi dia terlalu sibuk nak melayan puru anak lembu, kalau pakai 2 hari sekali katanya boleh baik.

Saya guna nisbah yg sama utk karat daun limau, slow sikit tp ok. kawan saya penternak kambing dan 10 tahun, katanya dulu dia pakai campuran gula merah, halia dan bawang putih ni sebagai garam jilatan untuk kambingnya. cuma dulu dia tak tahu namanya OHN. Jadi kesimpulannya, banyak lagi cabang boleh pegi.