banner-e-course2Setelah tujuh hari saya membongkar rahsia nenek moyang dan memberi panduan kepada anda bagaimana cara menghasilkan baja organik sendiri di rumah, maka tibalah masanya bahagian yang menjadi rahsia – bahagian kesan OHN kepada organisma hidup.

Bahagian ini saya serahkan kepada anda untuk mencari sendiri jawapannya. Tujuh hari kita berbincang secara teori, mana buktinya OHN ini benar-benar berkesan? maka mulai sekarang, anda sudah boleh mula mencari jawapan. saya yakin ada banyak jawapan berbeza dari tuan-tuan.

Jika anda benar-benar mencari, dalam najis haiwan yang hina itu anda akan mencari-cari sesuatu di langit dan bumi. Tahi itu akan membuatkan anda mengkaji isi langit, lautan, makhluk melata dan bumi. Ia membuatkan pamplet-pamplet makanan kesihatan dan produk MLM kedengaran seperti bahan tambah dalam baja. Ia membuatkan dapur anda mula dipenuhi makanan organik.

Terdapat satu rahsia yang belum diceritakan kepada anda mengenai panduan mencari kajian bahan. Panduan ini saya jumpai dalam sebuah buku kesufian berjudul ‘Ilmu perubatan kesufian’ tulisan Dr. Aminuddin Al-Chishtiyyah. Saya suka buku ini kerana konsep sains islam sangat berlainan dengan sains sekular, macam lainnya ilmu baja organik dan baja kimia. 

Dalam internet ini saya jumpa keterangan yang serupa dari weblog blogger popular, alivewire (http://alivewire.wordpress.com) yang mengumpulkan himpunan doa-doa dan ibadah. Selain itu, seorang blogger jutawan berusia 25 tahun (seusia dengan saya), dari seberang yang lebih dikenali sebagai dino (www.jutawanblog.com, www.tanyasifu.com ) turut mengamalkan ayat ini. Dino ini saya kenali menerusi cik ishak (www.secretsteps.com) dan teringin juga nak ke kursusnya lepas raya haji ni.

Amalan wirid ini dinamakan Kunci Pembuka Khazanah Langit & Bumi. Ia beberapa kali dinyatakan dalam Al-Quran, bukanlah saya ambil-ambil sahaja sebarangan. Saya juga bukan alim ulama’ yang layak mengajar agama, tetapi untuk berkongsi bukanlah satu masalah.

Petikan dari blog An Open Book, nukilan alivewire :

Adalah dikhabarkan bahawa Uthman ibn Affan r.a. telah meminta penjelasan lanjut tentang firman Allah Berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi (yang tersebut beberapa kali dalam al-Qur’an).

Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepadanya: “Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi itu adalah yang berikut:

 

La ilaha illa llahu wa-Llahu akbar.

Wa subhan Allahi wal-hamdu li-Llahi

Wastaghfiru Llah alladhi la ilaha illa Hu

Wal-Awwalu wa-Akhiru waz-Zahiru wal-Bathinu

Yuh yii wayumitu wa huwa hayyunl la yamutu

Bi-yadihil-khayr wa huwa ‘ala kulli shay’in Qadir.

Ertinya:

Tiada yang disembah melainkan Allah

Allah Maha Besar Maha Suci Engkau

Segala Puji Bagi Allah

Aku memohon Ampun kepada Allah

Tiada yang patut disembah melainkan Dia

Dia yang awal Dia yang akhir

Dia yang zahir Dia yang bathin

Yang menghidupkan Yang mematikan

Dia yang hidup tanpa mati

Pada-Nya segala kebaikan

Dan Ia berkuasa atas segala sesuatu.

 

Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda : “Wahai Uthman! Barangsiapa membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah:

Pertama, segala dosanya yang lalu akan diampuni

Kedua : terlepas daripada siksaan neraka

Ketiga : dua orang malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan siksaan

Keempat : dia di kurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat

Kelima : dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a.

Keenam : dia di beri pahala seperti membaca seluruh Al-Qur’an, Zabur, Taurat dan Injil

Ketujuh : sebuah rumah akan didirikan untuknya di syurga

Kelapan, dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga

Kesembilan, dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan

Kesepuluh : permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.

 Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu”.

Boleh juga membaca testimoni Dino tentang ayat ini di forum:

http://www.tanyasifu.com/forum/ibadat-serta-amalan-keagamaan/14-kunci-khazanah-langit-dan-bumi.html

 Alhamdulillah wirid ini sangat mustajab. Nak cakap lebih-lebih saya tak layak, tapi wirid ini sangat kuat kesannya. Lain orang lain ragamnya, tapi kalau pengalaman saya sendiri, sebelum dapat rezeki yang besar, dugaannya pun besar juga. Saya mengajarkan makcik saya juga dan dia mengamalkan lepas tengok kesannya pada saya dan dia pun akui kesannya, segala urusannya dipermudahkan. Maha Suci Allah Lebih Mengetahui.