banner-e-course2OHN yang dihasilkan adalah satu larutan ibu yang pekat dan tidak mengandungi air. Air yang ada dalam bahan datang semata-mata daripada halia dan bawang putih itu sendiri. Jus OHN yang dihasilkan itulah yang akan kita tapis dan gunakan.

 Untuk apa-apa pun tujuan penggunaan, samada memberi minum ternakan, baja semburan pokok, penghalau serangga atau sebagainya, biasakan mula-mula itu menggunakannya secair-cairnya dulu.

 Mencukupi sesudu jus OHN untuk setiap 1 liter air. Tidak perlu menantikan perubahan warna 1 liter air tersebut, memadai anda menggunakan 1 sudu teh OHN sahaja.

 Setiap bahan atau makhluk akan menunjukkan reaksi berbeza terhadap bahan lain pada kepekatan yang sama. Maka cacing, lembu, pokok bunga dan pokok limau akan menunjukkan reaksi pada tahap-tahap berbeza. Ia bergantung kepada saiznya, kadar tumbesaran dan macam-macam lagi. Pun begitu, kelainannya kebiasaan tidak banyak banyak beza antara satu sama lain.

 Sesudu untuk seliter sudah memadai. Mengapa ia memadai? Sebagai baja foliar, pokok tidak makan banyak melalui daun, ia hnya boleh makan secair-cair air hujan yang Allah jadikan membasahi daun-daunnya. Sebenarnya secara relatif, dalam setahun pokok cuma makan 2-3 sudu mineral sahaja. Jadi kita perlu mencerap kejadian alam untuk mencari relatifnya seperti nenek moyang kita dahulu.