banner-e-courseOk, larutan OHN begiu banyak, apaaa la nak dibuat dengan jeruk halia banyak2 ni. pakai setahun pun tak habis ni.

Anda tentu tak sabar nak guna OHN kan? Lagi tak sabar rasanya nak buat ‘added value’. Nak tau apa bahan yang boleh dijadikan ‘booster’ kepada performance baja dan sebagainya. jangan khuatir, kursus 15 hari dah cukup panjang nak digunakan mengupas bawang putih dan halia.

MULAKAN MINILAB YG COMEL DI RUMAH ANDA

Kita akan buat makmal baja yg kecil dirumah dengan membahagikan OHN yang kita buat tu kepada 3 bekas. Maknanya anda perlu cari 2 bekas lagi. Gunakan bekas plastik pun tidak mengapa jika tiada balang kaca. Bekas yang kecil untuk simpan sambal pun tidak mengapa.  Mengapa? Kerana saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh add value kedalamnya serta membanding2kan prestasi baja2 yg anda hasilkan sendiri.

Tujuannya simple, anda dapat ‘feel’ bagaimana membuat sesuatu perubahan kepada baja asas yang teramat cikainya kepada suatu produk yang ada kualiti dan ‘nilai’. Kita buat 3 jenis supaya tak perlu tunggu terlalu lama untuk melihat perbezaan baja biasa dgn baja ‘luar’ biasa. Kita ada ‘kayu ukur’ yang mudah. Biarpun baja yg kita buat sikit, kita dapat faedah tu banyak. part ini hanya perlukan kreativiti dan minat, itu saja.

Jadikan OHN yg anda buat tu kepada 3 bekas.

BEKAS 1: balang asal yang anda buat buat OHN ni lah. kalau dah buat OHN lebih dari satu balang, maka tak perlulah buat sampai 4-5 balang. balang ni berisi OHN kita yang asli, pure, tak dicampur apa-apa bahan lain.

BEKAS 2: (OHN + 10% bahan lain) ini balang baru yang kita isi 1/3 dari jumlah OHN yg kita buat sebelum ni. maknanya baja OHN tu dibahagikan sama rata antara 3 balang ni.catatlah berat OHN dalam balang ni sebabnya dalam balang ni kita akan tambah 10% bahan lain.

BEKAS 3: (OHN + 30%bahan lain) balang baru ni berisi 1/3 OHN yg kita tu campur 30% bahan yg kita masukkan dalam BEKAS 2 tadi. bahan baru BEKAS 2 & BEKAS 3 mestilah bahan yg sama. catatlah berat OHN dalam balang ni.

BAHAN BARU YANG NAK DITAMBAH DALAM OHN

Carilah satu bahan baru yang tuan2 berkenan nak tambah dalam OHN tuan2 tu. Apa kriteria yg membuatkan anda nak guna bahan tu? mungkin sbb bahan tu ada nilai antikulat yg tinggi, atau mineralnya tinggi, atau sejenis penghalau serangga yg kuat. Kita kongsi di sini apa bahan yg anda nak masukkan dalam OHN bekas 2 & 3 tadi.

Contoh bahan ialah serai, madu, propolis, neem, kayu manis, licorice, ginseng, kulit telur, garam bukit, kurma, kismis. Ada banyak lagi bahan yg kita boleh cadangkan dan bincangkan. Bahan2 ni biasanya mempunyai khasiat yang tinggi dari segi kesihatan seperti kandungan hormon, enzim, antikulat/antibakteria/antioksidan tinggi dan byk mineral. Jadi kita nak eksperimentasi dgn bahan ni dan tengok kesannya pada baja kita.

Gunakan satu jenis bahan sahaja. Pakai 2-3 jenis bahan tambah hanya akan mengelirukan proses belajar. Kefahaman akan datang dengan sendiri selepas itu. Bila dah pandai nanti kita masuk bab lanjutan pula. Selamat beramal