banner-e-courseBaiklah, hari ini sudah 3 hari kita buat OHN. Tinggal 4 hari lagi sebelum semua campuran betul-betul mesra dan boleh digunakan. Mari kita bincang bagaimana cara nak menggunakannya dan mencari calon-calon ujikaji🙂

 FUNGSI 1 : BAJA FOLIAR

Halia dan bawang putih mengandungi antioksidan, vitamin dan mineralnya tersendiri. Ia mengandungi NPK dan mineral dalam jumlah tertentu dan khasiatnya sesuai dijadikan baja semburan. Gabungan kedua-duanya menguatkan sistem ketahanan/imunisasi pokok terhadap serangan perosak dan faktor luaran serta melancarkan sistem perkumuhan pokok. Baja ini sesuai untuk semua jenis pokok.

Gunakan sesudu untuk 1 liter air. Boleh siram pada pokok atau sembur pada daun. Gunakan sekali seminggu dan selang seli dengan baja semburan lain seperti FFJ,FPJ,FFA. Pokok juga suka makan zat-zat yang berbeza.

Tidak perlu masukkan lebih dari sesudu sehingga dapat mencerap perubahan warna. Pokok serap sedikit sahaja, sama banyak dengan apa yang ia serap dari hujan. Sangat cair.

FUNGSI 2 : PENGHALAU SERANGGA

Memandangkan baunya yang tidak disukai serangga, ekstrak halia dan bawang putih sering digunakan sebagai racun penghalau serangga dalam pertanian organik. Bau ini melitupi permukaan daun dan ‘masking’ bau daun, menyebabkan serangga tidak mengesan bau daun dan tidak suka bau OHN yang kuat.

Gunakan sesudu untuk 1 liter air. Sembur pada pokok. Gunakan sekali seminggu dan selang seli dengan racun organik lain. Biasanya sekali semburan sudah menjalankan dua fungsi, baja semburan dan penghalau serangga.

 FUNGSI 3 : RAWATAN TERNAKAN

Sifat antibakteria dan antikulat OHN banyak sekali faedahnya kepada makhluk. Untuk merawat penyakit kulit atau luaran haiwan ternakan, haiwan peliharaan dan ikan seperti luka-luka kecil, kurap, puru dan seumpamanya, OHN bolehlah digunakan untuk merawat masalah tersebut.

Untuk luka-luka besar dan serius penggunaannya perlulah dibantu dengan bahan yang lebih kuat seperti gamat kerana walaupun OHN berkesan untuk merawat jangkitan kuman, tetapi tindakannya tidak secepat gamat. Maka penggunaan OHN ini lebih sesuai disembur untuk mentenance kesihatan ternakan berbanding menggunakannya apabila haiwan sakit serius. Ia lebih murah daripada menggunakan EM dan mudah dihasilkan, tetapi amat sedikit orang yang menyedarinya J

Saya menggunakannya sebagai ubat luka-luka kecil untuk diri sendiri. Untuk rawatan kulat/luka ternakan, gunakan sesudu untuk 1 liter air. Bersihkan kawasan jangkitan,  1-3 hari sekali. OHN agak pedih dalam keadaan pekat, gunakan dalam keadaan cair sudah mencukupi sebenarnya. Seminggu boleh cerap perubahan. Reaksi haiwan terhadap OHN mungkin berbeza dari manusia. Jadi pastikan anda gunakan dengan cair.

 FUNGSI 4: CUCI TANDAS

Setakat ini ia berkesan juga. Sesudu untuk 1 liter air, simbah pada tandas. Ia akan menyahbau.

 Potensi OHN untuk dicuba:

  1. halau hama dalam vermikompos
  2. cuci kandang ternakan
  3. sebagai supplement dalam minuman dan makanan ternakan

 

Assignment :

Ok, kita cari mangsa ujikaji :P yang akan menggunakan OHN ni mulai 1 Disember ni. Contohnya tangan anda yang calar-balar, kucing kurap, pokok limau daun berkarat, kacang botol yang berkarat, pokok daun kekuningan, reban ayam atau vermikompos. Assignment kena submit 1 disember kuikuikui ;P

Selamat mencuba😀