banner-e-courseMembuat tafsiran umum

Jadi, kita dah kerap membaca khasiat bahan seperti halia & bawang putih di dada-dada akhbar, majalah & internet. bagaiamana caranya untuk mengaitkan khasiat ini dengan penghasilan baja? bagaimana mencari kata kunci dalam perenggan ayat?

PANDUAN DARI UNSUR LANGIT

Sifat herba & rempah ratus biasanya beraroma kuat, kerana ia mempunyai minyak pati yang beraroma. jika dimakan mentah/begitu sahaja tidak berasa sedap dan kebanyakannya pedal (pedas & payau). Rasa pedal biasanya disebabkan oleh sulfur/belerang. Tetapi ia menambah kelazatan makanan jika dimasak dengan bahan-bahan lain.  Setiap H&S ada faedah dari segi perubatan & kesihatannya yang tersendiri. ia merupakan antara bahan dagangan tertua didunia, mudah ditanam, mudah dipasarkan dan pasaran tidak pernah surut.

Bagaimana agaknya orang dulu2 mula-mula menjumpai bawang putih, haiwan tak makan, makan begitu sahaja rasanya pula pedal. Apakah bahan yang mengelak serangan musuh? Bahan yang memiliki rasanya pedal, ia dibangkitkan oleh unsur belerang/sulfur. Contoh: halia, bawang, serai, kentang. secara umum, belerang ni panas dan haiwan tak suka sulfur. kalau tabur sulfur di kebun, ular dan haiwan tak masuk. mungkin sulfur cepat meningkatkan metabolisme haiwan menyebabkan hormon mereka tak stabil, tp untuk manusia ia baik untuk nyahtoksik. maka kita lihat halia & bawang kurang musuh alami tetapi selamat dimakan oleh manusia.

sebab itu ia berupaya memanaskan badan, buang toksik dan menaikkan syahwat. zaman firaun dulu, firaun beri hamba2nya yang bina piramid makan bawang putih semata2 utk membekal tenaga. bawang putih jg diguna masa perang dunia 1&2 sebagai antiseptik, bunuh kuman utk elak gangren. 

selain binatang, kulat dan bakteria tidak tumbuh padanya. ia tidak diserang penyakit kulat, atau memiliki bakteria pengikat nitrogen dalam ubinya seperti nodul tumbuhan kekacang. kesimpulan yang boleh kita buat, kedua2nya mempunyai fungsi penghalau serangga, antikulat & antibakteria. ia tidak menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kulat. jadi kalau kita nak memakai OHN ni pada orkid, memang boleh. tetapi kalau anda membela orkid di atas kulat/lumut, ia mungkin merencat pertumbuhan pokok kerana ia mungkin membunuh mikroriza dlm lumut, sejenis kulat baik.

perhatiakan OHN yang anda buat, adakah ia sudah ditumbuhi kulat dibahagian permukaannya? kalau anda buat baja FFJ, FPJ, FFA sekarang dah boleh nampak lapisan putih yis. saya pernah cuba buat kompos pakai OHN, kompos tak masak. mgkn reput dgn kadar perlahan sbb yis tak ada/tak cukup dan tak semua jenis bakteria baik wujud dalam OHN. jadi kalau saya masukkan EM dalam OHN, apa yang terjadi? 

kedua2nya jg mudah diniagakan kerana tahan lama. walaupun sudah dicincang & terdedah pada udara, perhatikan halia/bwg putih tidak cepat rosak, bertukar warna dan dihinggap lalat. kesimpulan ketiga, ia mengandungi antioksidan yang tinggi. antioksidan merupakan teras dalam produk kecantikan & kesihatan.

antioksidan merupakan bahan pengawet semulajadi. ia rahsia awet muda dan bahan tahan lama. bila bahan tahan lama, maknanya sistem imun dan ketahanan dia tinggi, tak mudah dirosakkan elemen luar. ini sebahagian sifat yang menyumbang kepada sifat antikuman dan antikulat. maka kalau kita bagi pada pokok, fungsi antioksidan, antikulat dan antikuman ini akan menguatkan sistem pertahanan pokok dari serangan kulat/virus dan serangga perosak.

patut ke kita pakai banyak2 untuk hasil insect repellant & imunisasi yang lbh kuat? be moderate. halia/bwg putih ni manusia sendiri tak suka makan byk2, tumbuhan pun begitu jg, hari2 makan OHN pun tak sesuai.