banner-e-course

MEMBONGKAR RAHSIA BAJA ORGANIK BERKUALITI

Jadi anda mahu tahu apakah rahsia pengusaha baja sehingga dapat menghasilkan baja organik yang hebat? Berapa ml ekstrak propolis yang diperlukan dalam 1L OHN saya? Berapa kg zeolite untuk setiap tan bokashi? Cik melor sila beritahu kami dgn lebih spesifik. Kalau anda nak tahu, maka anda perlu berfikir seperti pengusaha baja organik.

Pengusaha baja organik berfikir seperti seorang saintis islam. Seorang saintis islam berfikir daripada ibu segala kitab – kitab nan satu yang menyimpan segala rahsia langit dan bumi. kitab ini merupakan mekanisma dalam minda saintis islam dan mereka bekerja mengikut prinsipal dalam mekanisma tersebut.

BAGAIMANA CARA MEREKA BERFIKIR?

acapkali sudah dicetuskan dalam ibu kitab ini bahawa adakah sudah cukup kita memerhatikan kejadian langit & bumi? berapa peratus perkataan langit dan bumi disebut dalam kitab? anda beritahu saya

PRINSIP LANGIT DAN BUMI

mulai sekarang, buang segala sekularism, dan terjemahkan suatu bahan menggunakan prinsip langit dan bumi. cara asas untuk membaca potensi suatu bahan mentah untuk dijadikan baja ialah dengan memadankan konsep langit dan bumi dengan bahan tersebut. contoh: halia.

HALIA = BUMI, PERSEKITARAN HALIA = LANGIT

Bayangkan halia sebagai bumi, ia mempunyai bentuk, warna, solid, boleh dipegang, boleh dilihat. kaji dari kulit sampai ke isinya. dari permukaan bumi sampai ke kerak dan segala komposisinya. kajian mengenai bumi.

persekitaran halia adalah langit yg luas. jenis tanah, cuaca, iklim, musuh alam semulajadi, makanannya. semuanya berinteraksi antara satu sama lain dan saling mempengaruhi. unsur2 luar yang mempengaruhi pertumbuhan halia. unsur langit amat penting dan merupakan aspek paling mudah diperhatikan dan paling banyak membuatkan kita berfikir. Jadi perhatikan ‘langit’nya dahulu.

MENCERAP POTENSI BAHAN MENTAH BAJA

FUNGSI

Apakah kegunaan OHN? OHN bertindak sebagai baja semburan, penghalau serangga organik & makanan tambahan ternakan & ubat penyakit kulit. KEGUNAAN suatu baja bergantung kepada SIFAT bahan mentah baja tersebut. OHN merupakan baja yang diperbuat daripada HERBS & SPICES (H&S) – herba & rempah ratus.

unsur langit: faktor persekitaran & perspektif umum

Sifat herba & rempah ratus biasanya beraroma kuat, kerana ia mempunyai minyak pati yang beraroma. jika dimakan mentah/begitu sahaja tidak berasa sedap dan kebanyakannya pedal (pedas & payau). Rasa pedal biasanya disebabkan oleh sulfur/belerang. Tetapi ia menambah kelazatan makanan jika dimasak dengan bahan-bahan lain.  Setiap H&S ada faedah dari segi perubatan & kesihatannya yang tersendiri. ia merupakan antara bahan dagangan tertua didunia, mudah ditanam, mudah dipasarkan dan pasaran tidak pernah surut.

unsur bumi: sifat bahan & komposisi kimianya

Halia & bwg putih merupakan H&S jenis umbisi/ubi. Pertumbuhan lambat, banyak makan baja, senang hidup dimana-mana, kulit nipis, musuh alam kurang, rasa pedal, bau kuat, banyak air, banyak serat.

kuiz:

sebelum balik, semua orang kena jawab kuiz, sapa cepat bleh balik awal. sapa nak jawab kena angkat mouse tinggi2, nanti saya tak nampak.

1. mengapa bwg putih dan halia tidak dimakan oleh binatang2, kulat, bakteria?

2. bolehkah kita pakai baja OHN pada bunga orkid?

3. anda rasa selepas 5 hari, adakah OHN yg anda buat akan ditumbuhi yis macam bokashi? EM kan ada yis.