KURSUS ONLINE PERCUMA : PENGHASILAN BAJA ORGANIK

Anda amat berminat untuk membuat baja sendiri, tetapi tiada panduan asas yang mudah diikuti? Jom ikut kursus pendek secara online bersama saya selama 15 hari untuk membantu anda membuat baja dan memberi panduan bagaimana cara untuk mencerap potensi bahan dan kegunaannya.

DAFTAR HARI INI!

Kursus ini akan bermula hari isnin minggu hadapan (24 NOV 2008), kepada bakal peserta yang berminat untuk menyertai bimbingan asas penghasilan baja organik ini sila daftarkan diri anda di post ini. Cuma nyatakan kesediaan anda untuk menyertai kursus ini. Lagi ramai, lagi baik. Tujuan anda ‘mendaftar diri’ adalah untuk ‘check in’ penyertaan & komitmen anda dan mudah untuk saya selia progres anda dari awal lagi.

PERSEDIAAN KURSUS ONLINE

Didalam kursus ini kita akan belajar membuat sejenis baja larutan @ ‘foliar spray’ yang bernama Oriental Herbal Nutrient (OHN). OHN yang akan kita buat adalah menggunakan halia, bawang putih dan gula merah.

Peserta kursus yang berminat dikehendaki menyediakan:

a) 250gram bawang putih

b) 250gram halia

c) 500 gram gula merah

1 balang kaca ( untuk memuatkan 1 kg baja OHN)

Hari isnin depan kita akan buat baja 1:1, selangkah demi selangkah. selama 15 hari anda akan dibimbing dengan konsep, diskusi, teknik mencerap bahan, cara penggunaan serta cara ‘upgrade’ yang mudah dan ringkas.

PELAJARI TEKNIK MENGENALPASTI KUALITI BAHAN MENTAH

Selama 15 hari, anda akan dibimbing untuk belajar memerhatikan sesuatu dengan perspektif yang berbeza, berfikir diluar kotak dan bermain-main dengan bahan yang anda selalu lihat, tetapi ‘gagal’ untuk ‘nampak’ nilainya yang sebenar.

Bersedialah untuk menyahut cabaran 15 hari ini dan rebutlah faedah ini dan buatlah baja bersama kami. 

JADILAH BATCH PERTAMA KURSUS BOKASHI FARMER SECARA ONLINE!