Salam buat pengunjung blog Impax Bokashi,

Saya Kamarul dari Kuala Krai, Kelantan & salah seorang peserta kursus anjuran Impax Bokashi pada 15 Nov 2008. Mula melibatkan diri dalam bidang asas tani pada awal 2008 dengan mengusaha ternakan cacing bagi penghasilan baja organik vermikompos.  Produk utama bidang vermiculture adalah baja organik vermikompos. Ketika ini terdapat pelbagai jenis baja di pasaran, samada baja kimia & baja organik.

Baja vermikompos bukan sahaja terpaksa bersaing dengan baja kimia, malah dengan baja organik lain. Di samping itu, wujud persepsi negatif di kalangan segelintir pengguna tentang kualiti & harga. Terdapat rungutan dari pengusaha nursery yang menganggap baja vermikompos tidak berkualiti selepas menggunakan baja tersebut. Saya sendiri pernah mendapatkan bekalan tambahan baja vermikompos dari pengusaha lain untuk menampung permintaan salah seorang pengguna. Nyata terdapat perbezaan ketara antara baja vermikompos dari beberapa pengusaha. Struktur fizikal / tekstur baja seakan habuk kayu dengan warna coklat. Mungkin penggunaan campuran medium yang berbeza-beza.

Capt Zaman menyatakan baja vermikompos seharusnya mengandungi sekurang-kurangnya 80% vermicast & 20% sisa kompos. Wajarkah kualiti diabaikan semata-mata untuk memenuhi permintaan pengguna ? 1 tindakan yang akan ‘membunuh’ pasaran baja vermikompos. Walaupun wujud kajian dari luar terhadap keberkesanan baja ini, aspek kualiti seharusnya dititik beratkan oleh pengusaha baja vermikompos.

Kiriman,

Kamarul1978

Darul Naim Agrotech