Soalan berikut dipetik dari post terdahulu ‘Zeolite- Kaya dengan unsur mineral’.

SOALAN:

Sy Mohd Aliff Sarjani daripada Syarikat Sarjani Ent, pengeluar baja Organik E.M Jenama MAS Hitam dari Batu Pahat, Johor. Telah beroperasi hampir 2 tahun. Syrkt sy turut bekerjasama dengan pelbagai jbtn kerajaan seperti J-Biotech Environment, UTM, Jbtn Pertanian Johor, Jbtn Veterinar Johor dan PPK Sri Medan. Soalan saya ialah:

BOKASHI FARMER

(Bokashi Farmer Edisi Bahasa Inggeris akan dilancarkan secara rasmi pada 15 April 2009)

1. Zeolite ini adakah kimia atau organik?

J: zeolite -organik. terjadi secara semulajadi dari abu gunung berapi 150juta tahun lepas.

2. Benarkan penggunaan yg melebihi 2 kali boleh menyebabkan pokok kering (panas)? (soalan yg biasa ditanya oleh client sy setelah mereka gunakan zeolite)

J : pokok ‘panas’ adalah sudut THE UGLY TRUTH zeolite.bukan disebabkan oleh pakai zeolite 2,3 atau beberapa kali, tetapi terjadi apabila tanah yang kurang sihat, kurang air mengalami dehidrasi air dan nutrien, sbb zeolite ‘lapar’ semasa baru ditabur. buat seketika ia akan makan nutrien dan air disekitar, sebelum cukup stabil untuk memberi unsur2 ini pada pokok. perlu cukup pembajaan dan cukup air untuk mengelakkan ‘the ugly part’.

3. Sekiranya baja e.m digunakan, bolehkan ditambah dengan Zeolite? ada kesan sampingan atau tidak?

J : boleh. malah lebih baik dan serasi. Ia akan bekerjasama dgn EM untuk breakdown nutrien, terutamanya ammonia akan ditukarkan oleh bakteria kepada nitrat. ammonia ni zeolite akan serap dulu.