MELOR:

Artikel berikut disumbangkan oleh sahabat saya, kamarul1978 dari darulnaim-agrotech untuk berkongsi serba-sedikit info dunia lingkungan penternak cacing di Malaysia. Dapatkan manfaatnya.

———————————————————–

Salam.

Saya Kamarul dari Kelantan (http://darulnaim-agrotech.blogspot.com), salah seorang Bokashi Farmers 1st Batch.

Mengusahakan penghasilan baja organik vermikompos bermula awal tahun 2008. Seperti yang dinyatakan oleh seorang pengusaha vermiculture yang berpengalaman – Capt. Zaman (Eudrillus, www.bicarajutawan.com), fokus utama adalah penghasilan baja vermikompos. Jualan benih / induk cacing sebagai 1 bonus.

Sebelum memulakan bidang ini, saya sememangnya ingin menumpukan pada penghasilan baja vermikompos yang berkualiti. Beberapa perancangan untuk menghasilkan baja yang berkualiti telah dilakar beserta dengan aktiviti R&D. Namun pada peringkat awal penglibatan dalam vermiculture, permintaan terhadap benih / induk cacing agak tinggi. Ditambah dengan bantuan seorang pengusaha yang banyak membantu penjualan benih / induk cacing saya. Keadaan ini mengakibatkan perancangan dalam menghasilkan baja vermikompos yang berkualiti terabai.

Usaha penghasilan baja vermikompos yang berkualiti & RnD pastinya memakan masa. Bila baja vermikompos dihasilkan daripada formulasi campuran medium, ianya perlu diuji pada tanaman untuk melihat keberkesanannya. Begitu juga dengan analisis makmal yang turut melibatkan kos.

Dengan ilmu pengetahuan tentang beberapa perkara, tentunya beberapa kos dapat dijimatkan. Pada peringkat awal pengujian baja vermikompos yang saya hasilkan ianya menunjukkan kesan yang positif & menggalakkan terutamanya pada peringkat semaian tanaman. Medium yang saya guna tidak konsisten, ada ketikanya menggunakan campuran tinja kambing, tinja lembu & jerami. Apabila bekalan jerami di sekitar kawasan saya tiada, saya beralih pada pelepah sawit. Kos tinja kambing juga turut meningkat menyebabkan saya hanya memilih sumber medium yang mempunyai kos paling minima, iaitu tinja lembu & pelepah sawit.

Ujian penggunaan baja vermikompos yang saya lakukan adalah pada tanaman nenas, sayur-sayuran seperti lobak putih, bayam merah