Unsur mineral seperti Cu, Mn, Zn amat penting untuk penyerapan nutrien, walaupun pada kuatiti yang sikit. Bagi baja organik, penggunaan zeolite boleh menyediakan dan memegang unsur mineral. Ini merupakan satu bonus dan elemen yang baik untuk menambah nilai unsur surih dan mengurangkan pembaziran nutrien akibat leaching semasa pembajaan.

Zeolite mengandungi pori-pori yang boleh menyimpan mineral ini buat sementara dan membekalkan pada tanaman apabila diperlukan. Antara molekul nutrien yang penting ialah air, ammonia dan Kalium. Ketiga-tiga ion ini amat cenderung diserap zeolite.

Zeolite boleh menyerap air sehingga 55% berat asalnya, air tersebut disimpan dalam ruang2 terbuka ini dan terikat secara lemah dengan zeolite, membenarkan daya tarikan akar rerambut pokok menyedut mineral tersebut. Baja dengan unsur N yang tinggi mudah terbebas sebagai gas ammonia jika lembap, zeolite akan bertindak untuk memegang ammonia ini dari ‘lari’ seterusnya EM dalam tanah akan menukarkan ia kepada bentuk nitrat yang berguna kepada tumbuhan. Kalium pula amat penting untuk pertumbuhan akar rerambut, kecenderungan zeolite untuk menguraikan NPK dalam tanah dan menyerapnya menjadikan ia sejenis mangkin biologi yang banyak manfaat dan boleh bekerja sepanjang masa.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi, penggunaan dalam baja dan agrikultur, ia dikupas dengan lebih luas dalam kursus yang kami anjurkan.

Jika anda memerhatikan label pada bungkusan baja organik, anda akan mendapati banyak kompeni yang menggunakan zeolite dalam ramuan mereka. Ia lebih dikenali sebagai baja gunung berapi, amat banyak sekali manfaatnya dan terdapat lebih 150 jenis zeolite yang dihasilkan dimakmal kimia untuk pelbagai kegunaan dalam industri.

Zeolite Deluxe yang saya jual adalah jenis Clinoptilolite yang kuat menyerap air dan boleh mengawal atur kandungan air dalam tanah, samada di kawasan ditenggelami air atau tanah masam. Harga = RM 1,200/tan, boleh dirunding. Penggunaan untuk akuakultur dan lain2 juga ada manualnya.