Alhamdulillah, KURSUS PENGHASILAN BAJA ORGANIK & TEKNOLOGI IMO berjalan lancar. Saya amat bersyukur dan lega kursus ini berjalan dengan baik dan para peserta melahirkan rasa puashati.

Saya hanya mengambil 15 orang sahaja untuk kursus ini, dan dari awal lagi menyediakan persiapan untuk 15 orang sahaja. Syukur alhamdulillah, dengan izin-Nya cukup 15 orang, malah terpaksa menolak permintaan lain untuk menyertai kursus ini.

15 orang ini amat penting bagi saya kerana faedah kursus ini kepada mereka adalah ‘kualiti’ kerja saya. Saya hanya mahu memastikan yang terbaik untuk peserta. Kehadiran mereka ke Lenggong merupakan satu impak. Mereka menjana mikroekonomi Lenggong dan mesti pulang dengan nilai melebihi pelaburan mereka.

Peserta datang dari seluruh semenanjung, ia sesuatu yang orang Lenggong tidak percaya saya boleh lakukan. Malah ia mengecutkan perut saya sendiri. Seorang pegawai memberitahu saya semasa kami meminjam kelengkapan darinya, bahawa orang tak berminat nak tahu baja organik ni, orang lebih suka tabur je baja kimia. Malah urusetia yang membantu saya setiap hari pun tidak menyangka ia boleh dilakukan.

Komen dan maklum balas dari peserta amat baik. Banyak komen membina dari peserta dan urusetia yang boleh membantu saya pada masa hadapan. Alhamdulillah, semuanya menyuarakan rasa puas hati. Pun begitu, banyak lagi yang mereka layak terima tetapi masa agak kesuntukan. saya juga belum berpuas hati dengan usaha saya yang pertama ini,  ia banyak perlu touch-up dan post mortem sangat penting. Saya akan menyiarkan komen mereka nanti.

Para peserta bersusah payah datang dari jauh dan penuh semangat nak menimba ilmu, saya amat terharu. Malah mereka memberi kerjasama yang amat baik dan nampak amat bersungguh untuk belajar. Sekalung terima kasih dari pihak saya, warga Lenggong untuk anda semua.

Para peserta ini dapat beberapa keistimewaan:

1. mereka dijemput hadir ke mana2 kursus anjuran saya secara PERCUMA, samada sebagai jemputan/pemerhati atau urusetia secara sukarela.

2. mereka menerima updated version kepada slide presentation kursus saya bernilai RM80.

3. 15 orang pertama akan menerima ebook saya secara percuma (belum lagi dibikin)

4. menyertai blog tertutup (kelab) yang istimewa hanya untuk peserta kursus berbincang dan mendapat bimbingan

5.  diskaun pembelian bahan-bahan mentah pertanian melalui saya, seperti molasses, dolomite,  zeolite, guano etc.

6. mereka menyertai blog BOKASHI FARMER sebagai penyumbang artikel dan penulis bersama.

Tujuan keistimewaan ini adalah untuk menggalakkan dan menyokong mereka terus ‘berkarya’ dalam bidang baja organik.

TERIMA KASIH DARI WARGA LENGGONG & PERAKMAN,

PERAK DARUL RIDZUAN.