Di Malaysia kita merujuk zeolite sbg baja gunung berapi. Tapi kalau di negara jiran mereka panggil perawat tanah / soil conidtioner saja, mereka tidak mengistilahkan kepada baja.

Fungsinya mmg merawat tanah, kerana kebolehan untuk mengembalikan tanah berasid (pH 3 -5 ) kepada keadaan menghampiri neutral (pH 6 – 7). Dia akan serap NPK dalam tanah yg liat dan tak boleh diurai kepada NPK yg mudah diserap oleh tumbuhan. Sifat ni disumbangkan oleh kebolehannya untuk bertukar2 ion nutrien yang tinggi dengan persekitaran, terutama sekali segala mineral2 dalam tanah.

Selain itu zeolite boleh mengekalkan kelembapan dalam tanah, kerana strukturnya yang berongga dan kadar petukaran kation / cationic exchange capacity (CEC) yang tinggi boleh menyimpan air yang banyak. Bila pokok memerlukan, zeolite akan melepaskan simpanan air dan nutriennya, kemudian air dan nutrien dari sekitaran akan menggantikan tapak kosong tadi. Proses ini berulang2 seterusnya. Semakin tinggi CEC zeolite, semakin tinggi kualiti zeolite tersebut.

Saiz partikelnya yang kecil dan halus, samada bentuk granular atau serbuk menambahkan ruang pengudaraan dalam tanah. Seterusnya membantu akar rerambut untuk berkembang dan baja mudah diserap.

Kami membekalkan zeolite jenis clinoptilolite (sesuai untuk pertanian) dalam 2 gred yang bergantung kepada CE:

1. Zeolite PREMIUM, CEC = 164 meq/100gm.

2. Zeolite DELUXE, CEC = 110 meq/100gm. (high Mg = 2.24%)

Harga boleh dirunding. Hubungi saya MELOR 019-462 9903