SOALAN: Bagaimana caranya untuk buat baja vermikompos yang sesuai untuk tanaman padi, sawit, daun, buah?

Hisham

JAWAPAN:

Penggunaan vermikompos sebenarnya sudah cukup sesuai untuk tanaman-tanaman tersebut. Kerana konsep baja organic ialah ia sesuai untuk semua jenis tanaman. Yang menjadikannya lebih baik lagi ialah amalan pertanian yang baik dan penambah baikan dalam penghasilan baja.

Panduan untuk menghasilkan baja organic yang baik ialah CEC (cationic exchange capacity) dan kandungan bahan organic yang tinggi. Analisis kimia dapat memberikan gambaran yang lebih baik. Melalui analisis kimia, kita bolehlah mengira jumlah bahan-bahan mentah yang ingin digunakan untuk sesuatu jenis pokok.

Setiap pokok makan NPK dan mineral dalam jumlah yang berbeza. Padi makan banyak N, limau makan banyak Mg, jumlah pengambilan P oleh padi dan limau tidak sama, begitulah perumpamaannya. Apa bahan dan berapa banyak nak letak bergantung pada keperluan pokok itu. Maka untuk lebih tepat, kita perlu tahu berapakah unsure NPK dan mineral secara kasar yang diperlukan oleh pokok itu, contohnya untuk 1 ekar tanaman atau 1 tan hasil. Perlu ada ukuran dulu.

Dari sini cik hisham ada panduan, nak pakai bahan apa. Kalau nak K tinggi boleh pakai burn ash, burn ash mengandungi 30% K. kalau nak Mg tinggi pakai kapur, ada 30% Mg. Maknanya kena tahu ilmu bahan pula.

Jadi cik hisham bolehlah memasukkan unsur-unsur tadi dalam vermikompos. Sukatan mengikut keperluan kasar tanaman. Lagi banyak pengetahuan cik hisham dalam bahan-bahan, lagi mudah cik hisham nak buat baja spesifik.

Kalau cik hisham berminat dalam blending baja, boleh datang ke kursus saya pada hari sabtu minggu ke-3 bulan depan (15 november 2008) di Lenggong, Perak. Kita boleh kupas lebih banyak tentang ilmu bahan dan blending.