Salam teman-teman sekalian,

Saya sangat kepenatan tiap kali pulang ke bilik penginapan, saya cuma nak tidur sahaja. Pun begitu, saya tetap menyiarkan komen-komen tuan-tuan, yang semestinya pelbagai ragam dan menarik. semakin hari, saya menerima soalan dan komen yang semakin rumit🙂.

MAHA amat memenatkan. Booth buka pada jam 10pagi-8 malam. berdiri, duduk, berdiri, duduk, sakit kaki dibuatnya. bos saya cik idris hussain amat baik dan suka belanja staf makan2 lepas seharian kerja, memang seronok kerja dengan dia. bila saya pulang makan2 pukul 11.30mlm, basuh kain pulak (kawan2 ketawa dengar saya basuh kain di bilik hotel), iron baju. time iron baju tu pun dah lembik. kaki ni rasa macam nak cabut, campak buang, esok pasang balik.

Saya banyak bertemu rakan2 internet, teman lama dan ilmuwan2 baja. banyak bertemu teknologi baru dalam dunia baja. rakan2 internet yang datang ke booth seperti dolms, kepala2desa, dairul dari http://www.bicarajutawan.com. nurhikmah, ismail, ishak, cik siti yang membaca blog ini. serta 3 org rakan MBA  dulu yang buka booth di hall C ni.

Saya bertemu ramai penternak cacing. Cik Jamil merupakan penternak cacing, dahulu dia bermula sbg kontraktor sebelum memiliki sebuah kilang di Yan, Kedah yang mengeluarkan 2-3tan medium cacing sehari. beliau jg menjual cacing dan vermikompos. Sebelum MAHA saya selamba je hu-ha hu-ha dengan cik jamil. Dia sporting dan ‘boleh geng’ orangnya. Tapi time MAHA baru saya tau berapa otainya dia, hahaha.. barula datang rasa gerun tu.

Ada teknologi baru yang menarik. Head of research dari baja Advance Valley perkenalkan saya kepada satu fenomena baru. Suntikan tenaga untuk improve performance baja. Saya sangat teruja dan selalu mencari saintis ini untuk hadam segala konsep. tapi nampaknya saya mesti bersabar.

Bersambung…