Vermikompos & Vermikultur

2 hari lepas, sahabat@ guru vermikultur saya dari yan,kedah sedekah pada saya 3 jenis cacing. Lumbricus rubellus (red worm), L. terristris (nightcrawler worm) & pieronic (red wigglers). diberinya sekali worm bedding, baja vermikompos rubellas dan nightcrawler. alangkah seronoknya. Cik jamil, cik mat teng dan cik alias daripada AGRIBASE SDN BHD dalam perjalanan hantar stok ke seremban telah berhenti di lenggong dan beri saya cacing2 ni utk memenuhi hasrat eksperimental saya utk persediaan ke MAHA2008.

Cik jamil bertanggungjawab memperkenalkan saya kepada pemilik BIODYNAMIC FERTILIZER SDN BHD, Cik Idris Husin yg melantik saya sebagai jurucakap di MAHA2008. kini syarikat tersebut melebarkan sayapnya dalam vermikompos/kultur dan mempunyai target yg mantap untuk MAHA2008 dan sepanjang tahun ini.

Saya menerima baik tawaran cik jamil kerana saya sedang mendalami ilmu baja organik dari setiap sudut. ia sungguh luas, saya tidak boleh berhenti setakat di lenggong untuk memahami sains. Tanyakan pada saya apa saja, saya akan berusaha menjawabnya. Ramai yang memberi komen usaha saya ini terlalu lurus. Semuanya diceritakan secara terperinci. Sebaiknya saya boleh meniagakan kemahiran saya ini dgn cara yg lebih kreatif.

Saya orang baru dalam industri ini. Masanya akan tiba untuk terbang tinggi, tetapi ia harus dilakukan dengan langkah demi langkah. Apa yang saya ceritakan di blog ini, tidak mengurangkan kemahiran saya. Ambillah apa yg perlu, ilmu itu bukan milik saya tetapi hak Allah. Saya tidak kerugian berkongsi dengan tuan-tuan sekalian. Saya meninggalkan masa dahulu dan maju kepada ilmu baru, tiada kerugian. Saya sudah meniaga kecil-kecilan sejak di universiti, saya sudah mengerti jalan ini seperti mana-mana orang baru yang menempuhnya. dan sudah merasa jatuh bangun. saya belajar cara yang susah di palapes unimas. yang baik, yang buruk. sukar saya meninggalkan palapes unimas, nak tinggalkan unimas tak apa-apa.

Alhamdulillah, baru-baru ini saya dapat customer dari neg. 9 yang order 2 tan kompos dan 50 liter foliar. ia satu perkembangan yang baik.

L. rubellas saya budak baik, tak banyak hal. Nightcrawler saya pemalu, susah nak tengok muka. Pieronic saya semua nak lari. Di malam yang gelap, pieronic ni keluar dari bekas dan merayap merata.

pakcik saya melawak, “nak lari pun bkn sampai mana? depa semua nak balik kedah? nak berenang sungai kerian balik kedah? kena makan ikan sesaja..”

mak saya tambah “taklah. depa dah reti cakap lenggong”

“hang bagitau la kat dia (cacing), jangan lari, hangpa ni dah sampai lenggong..duk diam2,” kata makcik saya. kami dok pakat gelak malam tu. terima kasih cik jamil dan rakan2.