dewasa ini tamadun kita kerap menggunakan tenaga dalam bahan, termasuklah baja. sebenarnya ilmu tenaga dan nur merupakan antara ilmu tertua didunia. antara aplikasi tertua ilmu nur dalam kehidupan ialah ‘mandi bunga’.

mandi bunga yang terbaik sekali dilakukan pada saat tengah malam kala bulan sedang mengambang. kaitan bulan dan pasang surut air bumi sudah tidak asing lagi. tarikan bulan dan medan graviti bumi akan menyebabkan fenomena pasang surut. waktu bulan mengambang, frekuensi nur adalah pada getaran paling kuat,pabila ia menembusi air, nur akan menggetarkan molekul2 air dan menyebarkan tenaga.

dengan bantuan 7 jenis bunga, setiap bunga masing2 mempunyai frekuensi nur yang berbeza2,yg disifatkan oleh warna yang berbeza2 dan gelombang aroma, getaran nur bulan dapat diperkuatkan/amplified kepada tahap lebih baik dan disebarkan dalam air. 

apabila limau purut dipotong kedalam larutan tadi, aroma sitrus dibebaskan yang merupakan STIMULAN kepada deria manusia untuk menerbitkan rasa tenang, sejahtera dan damai. banyak klorofil dibebaskan, iaitu molekul pigmen hijau yang menyerap secara maksima getaran tenaga nur tadi. klorofil merupakan bahan yg bertanggungjawab menyerap cahaya solar untuk menghasilkan TENAGA. tenaga sangat diperlukan untuk membuat MAKANAN tumbuhan iaitu GULA.

jadi, modifikasi molekul air sudah dilakukan sejak zaman purba lagi. sekarang ilmu ini dibotolkan di kedai runcit.