Kadang kala kita mendengar rungutan pembeli mengenai EM yang tidak berkualiti dan tidak berfungsi. Bagaimanakan caranya untuk kita mengenalpasti suatu larutan ibu seperti EM1 atau baja foliar masih berkeadaan baik atau sudah tercemar?

#1: Bau masam-masam manis

Pertama, kenal melalui bau. Warnanya mungkin macam2, tetapi bau tidak boleh menipu. Samada ia baja foliar/IMO/EM diperbuat daripada buah, soya atau apa saja, bau yang sepatutnya masam2 manis. Bukan masam2 busuk. Masam2 manis terbit daripada bau gula merah yg mesra dgn bahan makanan EM semasa penapaian.

Saya sudah terangkan penapaian ada 2, putrefikasi berlaku apabila hasilnya masam2 busuk. gas hidrogen sulfida dan amonia dihasilkan menyebabkan baja berbau busuk.ia sudah mengalami pencemaran.

#2: pH dibawah 3.7

EMAS/EM1/IMO/foliar yang baik mempunyai pH dibawah 3.7, jika pH diatas 4 kemungkinan larutan tersebut sudah ternyahaktif. pH optimum ialah 3.5.

pun begitu, foliar organik tidak semestinya dibuat daripada gula merah. panduan ini lebih tepat untuk bahan yang ditapai menggunakan gula seperti Em1, EmAS, fermented fruit juice, fermented fish extract dsb.

#3: ketumpatan relatif

simpan rekod jisim/berat EM, terutamanya jika anda selalu membelinya. Semua bahan mempunyai ketumpatan yang berbeza. berat 1L air = 1kg. berat 1L molasses=1.5kg. kalau molasses tadi tidak tulen, berapakah beratnya? jika perbezaan berat botol Em A dan botol EM B sangat kecil, masih acceptable.jika berbeza hingga 20-40%, mungkin telah dicairkan.

saya tidak tahu berat sebotol EM1, anda beritahu saya.