Selain daripada buat sendiri, kebiasaan rakyat Malaysia membeli EM1 daripada pengedar-pengedar. Apa yang anda boleh lakukan ialah mencairkannya kepada Em activated solution ataupun EMAS. EMAS banyak sekali kegunaannya dalam kehidupan seharian.

dengan sebotol EM1, anda boleh menghasilkan 20L EMAS. tujuannya untuk memperbanyak populasi EM dan ia lebih menguntungkan pengguna.

Kaedahnya mudah, larutkan EM1 kedalam air dan tambahkan gula merah sama banyak dengan EM1. Formulanya ialah 1:1:18, yakni nisbah untuk 1liter EM1 : 1 liter molasses/gula merah : 18 liter air. Peram selama seminggu sebelum digunakan.

Cara penggunaannya amat mudah dan menguntungkan. Cuma larutkan 1:1000, iaitu 1 bahagian EMAS kepada setiap 1000 bahagian air. Boleh terus sembur kepada tumbuhan. atau diberi minum kepada ternakan. boleh spray pada tandas. atau mandikan haiwan peliharaan.

Untuk membuat insect repellant/EM5, tambahkan bahan aktif seperti halia, bawang, serai wangi, neem dalam 1:10. satu bhgn bahan aktif kepada setiap 10 bhgn EMAS.