tahukah anda madu boleh digunakan untuk menghasikan EM?

diberitakan oleh seorang rakan saya yang telah lama mengusahakan vermikompos bahawa ada eorang pengusaha vermikompos menggunakan madu untuk mengkultur EMnya.

saya juga agak terperanjat dan kagum dengan pengusaha tersebut. bukannya murah madu asli zaman ni. sebotol madu tualang tulen maulah RM38. tetapi dia mempunyai sebalang besar madu tulen.

khasiat madu sudah tertulis dalam alquran dan digunakan untuk pelbagai perubatan. malah melalui kajian saintis tempatan, madu asli negara ini boleh menyembuhkan luka pembedahan lebih cepat dari madu tempat lain di dunia.

Madu dikatakan sebagai ibu segala makanan, minuman dan ubatan. maka ia pilihan yang jauh lebih baik daripada gula merah untuk dijadikan IMO. cuma harganya lebih mahal dan ia pastinya pilihan yang eksklusif.