Adakah anda pun seperti saya, berminat dalam ilmu penghasilan baja? Anda tidak tahu kemana hendak bertanya dan dimana hendak mencarinya? Hari ini saya bongkarkan tempat pertapaan yang anda wajib kunjungi.

Ada beberapa persinggahan di internet ini yang mengumpulkan newbies dan pakar untuk berkongsi, berbincang dan mengambil aktiviti berkenaan pembikinan baja organik, baja kimia, racun dan teknik pembajaan.

THREADS: BOKASHI, KAEDAH TERKINI PENYEDIAAN MEDIA UNTUK TANAMAN
Threads ini boleh didapati di forum bicarajutawan. Saya wujudkan threads tersebut semasa mula berjinak-jinak dalam baja organik untuk berkongsi maklumat mengenai EM. Banyak panduan dan maklumat yang ditambah-tambah melalui perbincangan dengan rakan-rakan maya.

THREADS: TERNAKAN CACING KOMPOS
Disini ada ramai otai vermikompos dan vermikultur berkumpul bertukar-tukar pendapat, berkongsi cara-cara pembuatan medium cacing dan vermikompos serta tips-tips penjagaan cacing. antara nama besar adalah pak itam, pak uda, dan ramai lagi.

THREADS : group discussion, baja buat sendiri

Disini cara membuat baja kimia seperti baja fertigasi A dan B. abang mat adalah salah seorang otai yg sudi menjawab setiap pertanyaan newbie.

 THREADS : GROUP DISCUSSION: buat racun/pesticide/insecticide

Join rakan-rakan maya membincangkan mengenai racun pertanian buatan sendiri.