Saya nak kaji kesan kadar guano terhadap pertumbuhan dan hasil kunyit. Saya gunakan 4.5g, 8.7g, 15g, cik melor jelaskan hanya pakai sesudu untuk sepokok pelbagai jenis sudah mencukupi, pada pendapat cik melor, adakah pokok saya akan mati kalau menggunakan guano dalam kuantiti tersebut. Saya harap cik melor dapat membantu saya – Engku Zuainun, UiTM

 

Salam engku

Bagus juga kita bertemu, engku, sebab saya dapat bertukar-tukar finding dan kemahiran dengan engku. Saya juga membuat kajian sendiri, tetapi untuk mengkaji semua jenis tanaman dan pelbagai jenis campuran baja adlah satu kerja yang banyak untuk dilakukan bersendirian. Sebaik-baiknya mendapat sokongan seperti bertukar-tukar finding dgn rakan-rakan yg terbabit dalam kajian jg. Saya boleh memberi panduan pada engku dalam penggunaan baja dan kita bleh berkongsi-kongsi finding.

 

Setakat ini saya juga bertukar-tukar finding dengan beberapa usahawan yang menjalankan kajian mereka sendiri. Untuk guano belum ada rakan lagi, engku yang pertama.

 

Mengikut guru saya, 1 sudu sudah mencukupi untuk keperluan pokok jenis bunga, sayur dan tanaman jangkamasa pendek. Kita cuma boleh assume penggunaan berlebihan akan menyebabkan pokok terbakar akibat panas. Ia harus dibuktikan dahulu, sensitivity halia berbanding sawi tentulah tidak sama.

 

1 sudu anggaran dalam 30mg kalau tak silap saya. Halia adalah tumbuhan rizom yang banyak makan baja, minum air, kurang musuh dan pertumbuhan agak perlahan. Halia perlu banyak kalium untuk pertumbuhan akar dan biasanya pokok rizom makan banyak nitrat dan mineral seperti Zn, S, Fe, Bo. Kalau engku boleh berikan ada saya anggaran unsur nutrient yang diserap halia daripada kajian-kajian terdahulu, maka kita boleh membuat hipotesis yang lebih tepat. Jadi soalan replikat mana satu yang paling sesuai untuk pertumbuhan halia terlalu awal untuk dijawab. Jawapannya ada pada engku akhirnya.

 

Baru-baru ini saya telah cuba customize blending untuk pokok kurma yang tidak pernah berbuah. Kami juga tidak tahu sejauh mana keberkesanannya, tetapi ia harus ada percubaan dan kajian. Sama juga dengan percubaan saya untuk reblending vermi tea. Walaupun kita tahu bahan yang digunapakai adalah bahan terbaik dan berkualiti, yang penting akhirnya ialah penggunaannya berkesan. Maka harus buat percubaan dan kajian masa ke semasa. Berapa persen yang paling sepadan sekali.