Saya mempunyai seorang rakan yang sudi berkongsi resepi kitchen bokashi, ataupun kompos sisa dapur yang boleh dihasilkan sendiri. Rakan saya, Steve memberikan panduan ini untuk dikongsi bersama.

 

Kompos bokashi dapur yang dijual bersama bekas bokasi agak mahal, tetapi anda boleh menghasilkan kompos sendiri. Ia disertakan bersama panduan penggunaan. Kejayaan proses pereputan kompos berganung juga kepada kualiti bokashi yang dihasilkan oleh pengeluar. 

 

Anda boleh menghasilkan bokashi sisa dapur dengan menggunakan sisa kelapa :

 

BAHAN-BAHAN:

A. BAHAN KERING

1.      Sabut kelapa – 1 bahagian. ayak untuk mengasingkan serabutnya. Serabutnya boleh digunakan untuk kompos nanti

2.      Sekam padi – 1 bahagian

3.      Hampas kelapa – 1 bahagian. makanan yang baik untuk bacteria, bahan yang mudah dan murah

 

B. BAHAN BASAH

4.      Gula merah – 1 bahagian

5.      Garam laut – segenggam

6.      Air suam (hampir 42degC) – 10 bahagian

7.      EM @ IMO ALFA-G – 1 bahagian

 

Untuk hasil yang lebih baik, biarkan air semalaman / 24jam sebelum memanaskannya. Ia akan menyahklorin dalam air.

 

LANGKAH PENYEDIAAN:

 

BAHAN BASAH

Sediakan bahan B dahulu. Campur gula merah : EM @ IMO ALFA-G dan air mengikut nisbah 1 : 1 : 10. Tambahkan garam kasar / laut dan kacau sebati.

 

BAHAN KERING

 

  1. Gaul dengan tangan semua bahan kering dalam bekas yang besar. Ia merupakan aktiviti yang menarik untuk seisi keluarga. Gaul sebati.
  2. Tuang sedikit demi sedikit bahan basah tadi dan gaul sebati.
  3. Jumlah larutan bergantung kepada jumlah bahan kering. Apabila anda kepal campuran ini, ia epatutnya duduk sekepal dan tidak berderai.
  4. Isikan bokashi tadi kedalam bekas berpenutup bersaiz besar.
  5. Pijak bokashi tersebut sehingga padat / mampat dalam bekas untuk membuang udara dalam bokashi. Di Amerika kilang bokashi yang besar-besar juga mengamalkan amalan memijak ini. Ia kerja yang menarik dan mereka menyukainya.
  6. Isikan bokashi sehingga memenuhi 95% bekas sahaja.
  7. Potong sekeping helaian plastic sebesar mulut penutup.
  8. Letak di atas bokashi dan letakkan benda berat diatasnya untuk memegang plastic tersebut. Ia menghalang udara dari memasuki campuran.
  9. Tutup bekas dan peram 60 hari. Jangan buka setiap hari untuk mengelakkan udara masuk dan mikrob yang tak sepatutnya membiak di lapisan permukaan. Bokashi boleh digunakan selepas 60 hari.

 

Bokashi ini serbaguna dan sesuai untuk semua jenis tanaman, boleh diberikan kepada ternakan seperti ayam dan kambing. Boleh juga merawat sisa kumbahan.