Saya mempunyai banyak soalan daripada pembaca blog. Kebanyakan soalan tersebut amat baik, tetapi tidak cukup masa untuk menjawabnya. oleh itu saya pilih soalan yang baik untuk dikongsi bersama pembaca.

 

Soalan: Bagaimana caranya saya  nak  membuat baja bokashi? Adakah sama formulanya jika menggunakan tinja ayam, kambing atau lembu dan yang manakah lebih baik? Apakah beza bokashi ALFA-G dan bokashi EM? Adakah ia sama formula dan melor label sendiri?

-Munir

 

Jawapan:

Bokashi ialah satu istilah dalam bahasa jepun yang bermaksud hasil penapaian, merujuk kepada baja yang dihasilkan melalui teknik penapaian bahan organik.

 

 

Sila rujuk post terdahulu :  RESEPI BAJA KOMPOS / BOKASHI untuk mengambil resepinya. Resepi ini boleh dipakai untuk semua jenis tinja haiwan, samada kelawar, kuda, arnab, kambing, lembu, cacing, atau ayam. Yang menjadi asasnya adalah ‘konsep’. Yang memasaknya adalah proses, maka semua jenis tinja haiwan adalah sesuai untuk tujuan bokashi ini. Baja tinja haiwan yang terbaik di dunia ialah bat guano. Premium quality.

 

Bokashi EM ada pelbagai cara dan bahan untuk menghasilkannya. Yang menjadi asas adalah penggunaan EM. Maka dalam sudut perniagaan, pembikinan baja bokashi EM mestilah memakai larutan EM1. Terpulang kepada si pengusaha / pembancuh baja untuk menggunakan bahan mentah yang bagaimana, contohnya yang murah dan banyak didapati dan mengolahnya kepada sesuatu yang bermanfaat seperti baja kompos.

 

Untuk menghasilkan EMAS, 1 liter EM1 + 1 liter molasses + 18liter air. Peram seminggu. Siram EMAS pada bokashi sehingga kelembapan 60%.

 

Sama juga bokashi ALFA-G, kami menghasilkan EM sendiri atau disebut IMO. 1 kg IMO ALFA-G boleh menghasilkan 60L activated solution. 1 kg ALFA-G direndam dalam 20liter air sehingga seminggu untuk menghasilkan larutan aktif. Kemudian tapis hampasnya dan larutkan hampas tersebut dalam 20liter air lagi untuk menghasilkan larutan aktif kedua. Peram seminggu dan larutan aktif batch kedua siap untuk digunakan. Ulang lagi langkah yang sama untuk larutan aktif batch ketiga. Spray 60% kelembapan atas bokashi.

 

Kelebihan kami ialah IMO ini cukup berkesan untuk menghasilkan larutan aktif sehingga 3 kali penggunaan IMO yang sama.

 

Ia adalah formula paklias. Saya sudah mula mengformulasikan baja untuk tanaman dengan membuat bancuhan semula tetapi belum dikomersilkan. Setakat tahap ini ia untuk pesanan khas.