Saya bukanlah orang paling pakar untuk membincangkan topik ini, tetapi teknologi BAE amat menarik sekali. Saya mula mengenali BAE di MAHA2008 apabila bertemu dengan seorang saintis tempatan.

BAE merupakan satu teknologi menggunakan tenaga yang diserap daripada matahari. Tenaga ini disimpan atau disalin dalam bentuk gelombang dan disimpan untuk kegunaan akan datang. Tenaga ini tidak dapat saya pastikan samada ia disalin terus menerus daripada cahaya matahari atau ia merupakan tenaga yang terkandung dalam organisma. Menurut saintis tersebut, tenaga ini ada banyak jenis daripada banyak bahan.

Semua benda di dunia ini mempunyai tenaga dan frekuensi gelombang mereka sendiri. Setiap bahan di dunia ini memancarkan tenaga tersendiri dalam bentuk gelombang elektromagnetik dengan panjang gelombang yang berbeza-beza. Contoh yang mudah, semua benda yg kita boleh nampak ini merupakan benda-benda yang memancarkan tenaga daripada spektrum cahaya tampak. warna-warna ini adalah tenaga dlm bentuk gelombang yang berada dalam julat cahaya tampak. gelombang yang berada diluar julat gelombang cahaya tampak ini kita tak dapat lihat, contohnya ultramerah/IR dan ultraviolet/UV.

tetapi BAE ini lebih istimewa kerana tidak berada dalam julat tenaga elektromagnetik tersebut. Taktahulah saya di mana kedudukan BAE ni dalam spektrum tenaga elektromagnetik. Barangkali ada pembaca yang dapat menjawabnya. Apakah panjang gelombang ini pun saya tidak tahu.

Jadi, semua benda dalam dunia ini mempunyai frekuensi dan gelombang yang boleh disimpan dan disalin serta disuntik pada bahan lain. Contohnya saya mahukan zeolite terbaik dari gunung Himalaya untuk 10tan baja saya, saya cuma perlu suntik BAE dgn frekuensi zeolite Himalaya tadi dan tak perlu beli sekilo pun. Atau saya mahukan ekstrak A daripada sirih yang merupakan antioksidan yang baik, saya hanya perlu suntik BAE sirih sahaja. Apabila analisa spektrokopi dibuat, kita akan memperolehi graf ekstrak A sirih tadi.

Kegunaan BAE ini amat-amat bermanfaat. Tenaga yang disalin boleh disuntik dalam baja untuk meningkatkan keberkesanannya. Kalau baja itu keberkesanan asalnya hanya 60%, BAE boleh improve performance baja ni kepada 90%. Contohnya unsur kalium bergerak dgn lambat dalam vessel tisu tumbuhan, katakan ia menentang graviti pada 120km/jam. Tapi dengan suntikan BAE kalium boleh sampai ke tisu pada 60km/jam.

Selain baja, BAE juga digunakan dalam penapis-penapis air dan udara, makanan kesihatan, alat kesihatan dan pelbagai lagi. Pastinya kegunaannya berkembang dari masa ke semasa. Ia tidak begitu kedengaran kerana pada hemat saya, teknologi ini agak eksklusif. teknologi terbaru di Malaysia, barangkali bukan terkini lagi didunia kerana kalau ini teknologi terkini, ia tidak akan terlepas ke telinga kita. Contohnya teknologi nano, bagi kita baru tetapi rupanya teknologi ini sudah lama dalam pengetahuan saintis. Pastinya mereka mempunyai kepakaran yang lebih baik.

Pun begitu, saya bukanlah orang paling pakar untuk membincangkan topik ini dan artikel ini bertujuan untuk berkongsi dengan para pembaca. Banyak sekali komen yang belum saya tangani dalam blog ini, harap tuan-tuan tidak berkecil hati dan dapat bersabar hingga home office saya kembali stabil. terima kasih.