pokok ni tak berbunga sebulan lepas. saya pakai vermikompos agribase sdn bhd
pokok ni tak berbunga sebulan lepas. saya pakai vermikompos agribase sdn bhd
tak berbungakan? saya nak test yg ni, barisan kiri pakai vermikas. barisan kanan pakai alfa-g
tak berbungakan? saya nak test yg ni, barisan kiri pakai vermikas. barisan kanan pakai alfa-g

Rumah saya masih dalam renovasi. Hampir sebulan sudah kami hidup dalam tunggang langgang, habuk simen, besi, skru, bata, rasa makin tak keruan pula. Malam tidur-tidur ayam, kerangka tingkap belum dipasang, dinding belum simen. Rasa tak bertenaga.

Apabila saya terbangun di waktu malam, terasa berat hendak mengerjakan solat. Ibu saya sudah terlelap semasa menonton TV, lalu TV yang menonton dia. Saya pun tulung sambung menonton TV. Ketika itu RTM1 menyiarkan siaran langsung solat tarawikh dari Masjidil Haram, Mekah.

Begitu ramai umat islam yang mengerjakan tawaf, dari jauh ia kelihatan seperti hemisfera (separuh bulatan) bumi yang berputar pada paksinya, anticlockwise. Ia mengingatkan saya kepada perbualan saya bersama Encik Marsidi tempohari di MAHA2008. Encik Marsidi menyebut, semua tenaga dalam universe / bima sakti ini tertumpu pada satu titik di bumi. Di Kaabah.

Para saintis barat telah menjumpai satu fenomena, tenaga-tenaga yang banyak dalam universe ini tertumpu pada satu titik di bumi iaitu di Kaabah. Bumi ini berputar pada paksinya sendiri. Peredaran bumi adalah pada arah menentang putaran jam, anticlockwise, kiri ke kanan. Bumi pula mengelilingi matahari dalam sistem suria. Kestabilan tenaga yang disedut pada satu titik di bumi ini bergantung kepada satu kejadian. Tanpa kejadian ini, saintis meramalkan dunia akan kiamat. Kejadian tersebut adalah tawaf.

Tawaf dilakukan pada arah anticlockwise, kiri ke kanan seperti putaran bumi. Tawaf seolah-olah berfungsi menyambut tenaga ini, menstabilkan dan menyebarkan tenaga ini ke seluruh bumi. Tika manusia berhenti mengelilingi kaabah, tiada lagi mekanisma keseimbangan tenaga di bumi. Tiada lagi hamparan yang menakung dan mengalirkan tenaga tersebut. Apakah yang akan berlaku selepas itu.

Perihalnya tentang sembahyang. Semasa belajar dahulu saya terbaca sebuah artikel tentang solat berjemaah. Solat jemaah kebaikannya ia menyeimbangkan cas-cas dalam tubuh manusia yang banyak dipengaruhi oleh persekitaran. Persekitaran kita yang banyak mengandungi elemen pencemaran dan stress akan mengumpul cas-cas positif berlebihan dalam tubuh. Cas-cas positif berlebihan ini tidak seimbang dengan bilangan cas-cas negatif dalam tubuh, ia boleh menyebabkan kemerosotan kesihatan tubuh, emosi dan akal fikiran. Cas-cas positif ini juga salah satu faktor penuaan.