Apabila seorang muslim mengerjakan solat jemaah, tika ia merapatkan saf ia membentuk satu rangkaian peredaran cas-cas positif-negatif yang membenarkan cas-cas mengalir di antara para jemaah dan menyebabkan keseimbangan cas kembali menjadi neutral. Prinsip ini mirip dengan prinsip tilam sebuah kompeni pengeluar tilam terkenal yang menyeimbangkan cas-cas positif tubuh semasa tidur supaya pengguna merasa lebih segar.

Kembali pada Kaabah tadi. Jikalau umat islam yang mengerjakan tawaf menadah dan menyerap tenaga, maka jemaah yang bersolat barangkali menyebarkan dan menyeimbangkan lagi tenaga tersebut. Ia mengingatkan saya kepada molekul zam-zam yang mempunyai struktur unik yang indah. Sedikit masa dahulu satu forum antarabangsa tentang air diadakan di Malaysia. Saintis menunjukkan bentuk molekul-molekul air dari pelbagai jenis seperti air mineral, air zam-zam dan arak. Air zam-zam mempunyai struktur yang unik, tiada molekul air dari sumber lain yang menyerupainya. Molekul arak dikatakan mempunyai rupa yang buruk. Apabila ayat-ayat Al-Quran dibacakan pada air biasa, strukturnya berubah menjadi cantik, menyerupai struktur air zam-zam.

Begitu banyak bukti kebesaran Allah kalau kita renungi. Allah menyuruh kita memperbanyakkan ibadat di bulan puasa. Berapa banyak tenaga yang turun dari langit ramadhan? Dalam bentuk apa agaknya zat langit ramadhan. Adakah tenaga juga merupakan sejenis keberkatan? Tenaga ini diperolehi oleh mereka yang mengerjakan haji, umrah, sembahyang malam, bersedekah. Dengan ibadat yang ihklas, kita akan beroleh berkat. Ataupun berkat ini sejenis zarah yang saiznya lebih kecil daripada tenaga? Sehingga boleh tersebar dalam duit, makanan, urusniaga, rezeki. Mungkin abad ini kita belum jumpa zarah yang lebih kecil dari tenaga dan elektron.. Contohnya berkat, rezeki, rahmat. Wallahu’alam.

Tenaga seumpama inilah yang disalin dan disimpan untuk diaplikasi kedalam baja. Katakan saya mahu baja saya mengandungi ekstrak neem. Saya suntik tenaga yang disalin daripada ekstrak neem ke dalam baja, saya tidak perlu mencari ekstrak neem dalam jumlah yang banyak. Begitulah prinsip B.A.E.

rumah saya belum siap lagi
rumah saya belum siap lagi