Saya telah menyediakan rumah untuk cacing-cacing saya, si jenab rubellas, wakdin nightcrawlers dan usop perionyx. Nama-nama berikut terpaksa diberi untuk memuaskan hati ahli keluarga. Saya dibantu seorang pekerja sukarela, Mohd Arif Haikal bin Md Ariffin yang bakal bergraduasi dari sebuah tadika KEMAS untuk menjayakan projek mega saya.

Penyediaan bedding untuk vermikompos tidak susah. Saya dapatkan sebuah bekas bersaiz 1′ x 1.5′ untuk setiap cacing. Alatan saya hanyalah pemutar skru mata philips dan lilin untuk menebuk lubang pada bekas worm bin. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1. Container ditebuk dengan sedozen lubang pada dua bahagian iaitu bahagian dasar dan penutup. Sebaik-baiknya lubang didasar worm bin berdiameter 1 cm, lebih besar daripada lubang di atas penutup dan lubang tersebut di tutup dengan jaring halus untuk mengelakkan bedding atau cacing keluar. Cara menebuk lubang adalah dengan memanaskan mata pemutar skru sehingga betul-betul panas dan tebuk lubang pada bekas tersebut.

2. Rupa worm bedding yang telah siap.

3. Carik-carikkan suratkhabar secara memanjang.

4. Rendam dalam besen berisi air.

5. Perah air daripada suratkhabar, memadai kelembapannya seperti span yang lembap, bukan basah seperti kain yang tidak diperah.

6. Buka kembali dan tebar-tebarkan suratkhabar lembap tadi. Susun rapat-rapat sehingga 1′-2′ tinggi didasar bekas worm bin, tidak perlu dimampatkan untuk membenarkan pengudaraan yang baik dan aliran air yang lebih cekap.

7. Masukkan cacing bersama media / bedding lamanya ke atas lapisan surat khabar lembap memenuhi 1/2 bekas. Masukkan 1/2 ruang lagi untuk bedding baru. Bedding haruslah berkeadaan lembap. Letakkan makanan cacing 1/4 daripada luas bekas.

8. Tutup lapisan atas dengan lapisan surat khabar lembap. Ia mengekalkan kelembapan bedding.

Saya telah membuat makanan cacing sendiri daripada Em paklias, kacang soya, dedak burung, tahi kelawar. Setakat ini cacing tidak menunjukkan masalah dengan ramuan saya. Saya mengujinya keatas cacing peliharaan sendiri sebelum menjualnya. Makanan cacing ini dibuat untuk memenuhi permintaan seorang hobbyist, tetapi saya mengujinya dahulu dan minta pendapat guru saya sebelum menjual produk.