Dengan mengetahui kadar C/N, kita boleh mengagak bahan yang ingin digunakan atas tanaman, contohnya tanaman jagung memerlukan nitrogen yang tinggi untuk menggalakkan berbuah, pertumbuhan klorofil dan daunnya yang lebar. Jagung memerlukan nitrogen yang tinggi, maka tinja haiwan seperti tahi ayam sesuai digunakan.

Sayuran kekacang pula sememangnya mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi, jadi ia tidak memerlukan unsur nitrogen dengan banyak, tetapi memerlukan kalium dan fosforus yang tinggi. Fosforus menggalakkan pertumbuhan akar dan kalium memastikan aktiviti metabolisma berjalan lancar. Jadi kita boleh mengurangkan penggunaan tinja ayam dan menggantiannya dengan serbuk ikan atau kacang soya.

Bahan mentah untuk baja organik terdapat 3 jenis, iaitu :

A. Sumber karbon : bahan mentah utama yang membentuk sifat fizikal baja organik seperti sekam padi, batang jagung, batang pisang, habuk gergaji, jerami, kulit kekacang.

B. Sumber nitrogen : untuk tindakan penguraian bateria dalam tanah dan bekalan makanan untuk tumbuhan. Contohnya sisa soya, najis haiwan, sisa daging atau tulang haiwan.

C. Tinja haiwan : najis binatang yang tidak semestinya memerlukan fermentasi.

Kadar campuran antara bahan mentah A dan B ialah samada 90%A + 10%B, 80%A + 20%B atau 70%A + 30%B. Jika memerlukan sumber fosfat yan tinggi, boleh gunakan tahi kelawar. Jika memerlukan sumber kalium yang tinggi, gunakan abu tandan kelapa sawit. Cari sumber dengan kadar N/P dan N/K yang rendah untuk mendapatkan fosforus dan kalium yang tinggi.