BAHAN 2 : TUMBUH-TUMBUHAN

Semua jenis tumbuh-tumbuhan boleh dipakai dalam pembikinan bokashi. Sisa-sisa dapur seperti sayuran dan buah-buahan kerap di jadikan bokashi sisa dapur (kitchen waste bokashi). Sayuran dan buah-buahan selalu menjad pilihan kerana mudah didapati, cepat reput, tinggi serat dan sumber tenaga yang banyak. Dalam pembikinan kitchen waste bokashi, Wellington City Council memberi satu panduan campuran:

HIJAU + COKLAT + AIR + UDARA = KOMPOS

blogger

HIJAU adalah tumbuhan-tumbuhan hijau / berklorofil seperti sisa sayuran, sisa buahan @ buah terlalu masak, hampas kopi dan teh, rumput kering, sisa tanaman pertanian dan bunga. Ia mengandungi nitrogen yang tinggi. COKLAT adalah bahagian tumbuhan yang berwarna coklat seperti ranting2 pokok yang kecil, daun-daun, habuk kayu, kulit telur, roti, pasta, cebisan kertas, kadbod dan tisu. Bahan-bahan coklat mengandungi karbon yang tinggi.

Untuk menghasilkan larutan IMO yang baik, bernutrien tinggi dan bermutu pula hendaklah menggunakan bahan-bahan yang bermutu juga. Contohnya penggunaan jagung untuk penyediaan IMO. Walaupun harga jagung kini meningkat, jika diusahakan untuk setong larutan IMO tidak merugikan. Air tapisan IMO nanti boleh dilarutkan seribu kali lagi untuk dipakai pada minuman ternakan dan makanannya. Sama juga jika menggunakan soya, beras, gandum atau bijirin lain. Kalau setakat menyediakan larutan ibu tu tidaklah membebankan pengusaha kebun atau ladang. Malah lebih ekonomi daripada menggunakan produk kimia.