Saya tidak begitu aktif menulis blog minggu lepas dan minggu ini kerana rumah saya sedang dibaikpulih. saya keputusan hubungan dengan internet dan tiada bekalan eletrik di rumah. Saya mengunjungi cybercafe buat masa ini.

KITCHEN BOKASHI BIN

Kepada pihak yang mencari di mana boleh membeli bokashi bin dan bokashi bran boleh dapatinya di http://www.bokashifarmer.com pada harga USD69.55.  Ada pelbagai pilihan lagi untuk anda buat keputusan.

SUPER ACTIVATED EM (SAEM)

SAEM adalah teknologi gabungan EM import dengan IMO/ bakteria tempatan untuk mendapatkan hasil lebih pantas daripada 2 unsur tersebut. Jika anda berminat untuk JV dengan kompeni yang mengusahakan produk ini sila emel saya di impaxmelor[at]gmail[dot]com. Kompeni ini menjemput Vinny Pinto, seorang pakar kejuruteraan EM yang masyhur sebagai konsultan mereka, Pinto berada di Malaysia sekarang untuk tempoh 2 minggu. Jika ingin bertanyakan soalan kepada Pinto, sila email kepada saya.