Tahi kelawar merupakan sumber baja organik terbaik di dunia. Berbanding dengan tahi kambing, lembu, kuda atau ayam, tahi kelawar mempunyai unsur NPK yang tinggi beserta zat galian dalam kandungan biokimia tinjanya.

SAHIBUL HIKAYAT

Perkataan guano sebenarnya merujuk kepada tinja beburung, samada kelawar, burung laut atau anjing laut. Sumber fosfat dari Christmas Island itu merupakan guano juga walaupun bukan dalam gua, tetapi di kawasan pantai / kepulauan.

Tetapi oleh kerana kualiti terbaik adalah dari jenis kelawar, dan boleh didapati denganjumlah yang banyak, sudah menjadi panggilan umum guano merujuk kpd baja tahi kelawar. ‘Guano’ merupakan istilah daripada zaman tamadun Inca di Peru. Istilah ini digunakan untuk membezakan guano daripada tahi beburung lain yang tidak berfaedah.

Tahi kelawar memang sudah terkenal sebagai baja penyubur tanaman dan rawatan tanah di Inca, malahan kerajaannya mengamanahkan penjaga-penjaga yang dilantik sahaja boleh mengendalikan guano sehinggakan sebarang pencerobohan boleh dikenakan hukuman mati.

SIFAT ALAMI

Kelawar hidup dalam gua yang mempunyai persekitaran tertutup, dengan pengaruh angin dan suhu yang paling minima. Maka dengan sifat habitat kelawar ini, tinjanya mengalami proses pereputan dengan amat perlahan berbanding tinja lembu, kambing dan ayam. Ini menyebabkan tahi kelawar mengandungi unsur nitrogen dan fosfat yang tinggi.

Kelawar ada 3 jenis, kelawar yang makan buah-buahan, serangga atau menghisap darah. Kelawar yang makan buah-buahan akan menyebarkan benih didalam tinjanya. Kelawar yang makan serangga sumber makanannya seperti katak, belalang,, ada yang makan ikan kecil dan serangga merayap. Manakala kelawar yang menghisap darah ini dipanggil kelawar ‘vampire’ yang digemari oleh produser-produser filem. Kelawar ini menghisap darah lembu, kambing dan ternakan semasa mereka tidur dan melarikan diri apabila haiwan-haiwan ini terjaga.