PROSES PENAPAIAN: ANTARA FERMENTASI & PUTREFAKSI

Penapaian terbahagi kepada 2 jenis. Satu jenis penapaian yang baik, sempurna dan berjaya, sejenis lagi penapaian yang tidak menjadi, tercemar dan tidak sempurna. Inilah merupakan 2 petanda yang menunjukkan bokashi atau IMO yang kita buat menjadi atau tidak.

Bokashi adalah proses penapaian atau pereputan, dan penapaian ada dua, yang sempurna dipanggil FERMENTASI / PENAPAIAN dan yang tidak sempurna dipanggil PUTREFAKSI.

FERMENTASI : PENAPAIAN SEMPURNA
Penapaian yang baik di panggil penapaian/ fermentasi. Berbau sengit seperti bau jeruk @ tapai, agak masam-masam manis tetapi tidak hapak. Dari segi pemerhatian, bahan-bahan campuran kelihatan dijeruk dengan baik, seperti kita menjeruk bawang, lobak, jikalau tempoh penapaian lebih lama sedikit, akan muncul kulat-kulat putih atau putih kekuningan (maisilium).

Fermentasi yang baik adalah bebas daripada pencemaran bakteria-bakteria yang tidak berfaedah, menggalakkan pertumbuhan yis dan jika ingin membuat IMO, gunakan bahan organik yang bersih.

PUTREFAKSI : PENAPAIAN TIDAK SEMPURNA
Penapaian yang tidak sempurna di panggil putrefaksi (putrefaction). Baunya terlalu sengit seperti bau asid / alkali dan hapak macam bau bahan reput. Terdapat kulat hitam atau biru-hijau pada IMO atau bokashi. Ia menunjukkan bokashi tidak menjadi kerana sudah tercemar.

Putrefaksi berlaku jikalau bokashi tercemar sahaja. Penapaian yang baik menggalakkan kulat berwarna putih susu sahaja.Oleh yang demikian, amalan terbaik adalah mengikut prosedur dengan betul, untuk menghasilkan baja yang menjadi.

proses penapaian tidak berjaya kerana:

  1. Tidak cukup bokashi (kalau meggunakan ready-made bokashi EM)
  2. Tidak cukup kalis udara semasa menutup bokashi (bakteria anaerobik tidak bermetabolisma dengan sempurna)
  3. Terdedah kepada cahaya dan suhu melampau dan terlalu lama (bakteria mati)
  4. Tidak kerap buang/keringkan jus bokashi (tidak perlu jika selalu menambah substrat)

cara menanam kompos yang tdk menjadi:
Tanam jauh dari pokok-pokok, lubang sedalam 25-30cm. Tuang kompos bokashi yang tidak menjadi itu, campurkan dengan tanah dan kambus.

Pak Mat pengasas Chengai Indah Ent memberi pendapat bahawa bokashi memang satu aset yang sangat berguna, tetapi bokashi sahaja tidak mencukupi kerana ia menumpukan pada bahan makan bakteria dan pertumbuhan bakteria sahaja. Kesuburan tanah memerlukan elemen surih seperti zeolite yang membekalkan zat galian yang diperlukan tumbuhan.

Dari pengalaman saya membuat IMO, kali pertama membancuh IMO tidak semestinya menjadi. Mamang begitulah kebiasaannya membuat eksperimen, kerja di makmal pun kadang-kala begitulah juga. Tetapi ia bukanlah terjadi kepada semua orang dan setiap masa. Kadang-kala kita terlepas pandang aspek kebersihan bekas, cahaya matahari yang berlebihan dan perkara remeh-temeh yang kita terlupa. Tidak susah pun membuatnya. Ada seminggu tempoh untuk menjaganya, itupun tidak mengambil banyak masa pun untuk diuruskan. Maka cubalah untuk buat sendiri. Selamat berjaya.

About these ads
Tagged

18 thoughts on “PROSES PENAPAIAN: ANTARA FERMENTASI & PUTREFAKSI

  1. Zura says:

    Hi,

    Zura teringin sangat nak buat silaj sendiri.. tapi, ada getar di jiwa sikit.. ada banyak cara dan bahan yang di gunakan.. ada yang suruh masukkan urea, EM, molosses etc. dan tempoh penapaian juga berbeza2. ada yang seawal 24jam. Jadi keliru pulak.

    Ada yang semudah campurkan jagung, garam dan EM shj. Adakah penggunaan bahan yang mempengaruhi masa fermentasi. TQ!

  2. impax says:

    jenis bahan yangg digunakan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi tempoh pereputan/penapaian.
    kalau pakai bahan yang keras dan saiz pun besar, lambat sikit, liat macam rumput tu seminggu dua baru matang. kalau pakai buah-buah yang terlampau masak, lembik berair-air cepat sikit penapaian berlaku. sebab itu biasanya bahan organik macam jagung dicincang halus.

    semua cara tersebut tak salah, resepi bokashi feed & baja memang ada berbagai-bagai. sebabnya, konsep asas pembuatannya adalah gunapakai apa yang tersedia disekitar kita. sisa ptanian,pternakan. bahan ada pakai jagung, ada dedak, ada rumput napier. ada tambah tahi lembu sikit. kalau semi-organik boleh campur urea. resepi walau simple pun menjadi.

    cuma macam kata cik wildan, pegawai pertanian lenggong, nak buat sambal belacan tu dah boleh, tapi kalau nak buat sambal belacan yang ‘power’ kena tau rahsianya. itu kekuatan pengusaha baja. tahu rahsia dalam bahan-bahan.

    kawan saya penternak biasanya sediakan silaj 24jam. kalau ada larutan EM cepat sikit rasanya.
    harap ia menjawab soalan zura :)

  3. adahena says:

    assalamualaikum…
    nice blog…sy org baru kat cni…
    ari tu sy de terbaca psal IMO…
    yg kena letak bawah pokok buluh tu….

    boleh tlg bgtau sy lbh lnjt ttg IMO tak?
    -tq-

  4. adahena says:

    sekiranya de pe2 maklumat..
    bleh anto ke email saya

    nuruls_112@yahoo.com

    -tq-

  5. amane says:

    salam

    macam proses kalau kita nak wat pada kosmetik menggunakan proses penapaian?

    saya cube mencari sesape ader petua yang boleh di applykan pada kosmetik.

    boleh tahan berapa lama kalau menggunakan proses penapaian?

    boleh tak berkongsi dengan saya?

  6. ahmad says:

    Apakah perbezaan EM-1, EM-2,EM-3 dan EM-4 sebab ada kekeliruan tentang perbezaan antara EM ini

  7. budi says:

    saya ada membuat 5jenis baja organik iaitu FPJ, FFJ, CaP, PCa, dan FAA..
    baja2 ini saya sediakan untuk penanaman Bendi..
    mampukah hny baja2 ini jea untuk pembesaran bendi yang saya tanam ataupun perlu tambahan baja organik lain?

  8. asastaniorganik says:

    salam
    melor, ader org bertanya tentang penggantian dedak beras dlm pembuatan imo, boleh gantikan dengan bahan lain atau kiter boleh buat dedak beras sendiri
    tq

  9. impax says:

    amane
    hebat sangat soalan awak tu :)
    saya blm jangkau lagi dari baja tahi binatang ke bidang kosmetik :)
    pun begitu, cacing mmg org pakai utk kosmetik. cacing yg dikeringkan sangat mahal harganya, lebih kurang 50-60% kandungan air hilang. ia dipakai utk penghasilan bedak dan alat kosmetik lain.

    penapaian utk kosmetik, saya kurang arif, ni ilmu SKII. depa pakai yis.

  10. impax says:

    ahmad
    sorang pakar beritahu saya EM 1 sampai 4 tu sama saja. dulu mereka asing2kan bakteria EM tu kepada EM1 hingga EM4, tapi akhirnya mereka jual EM1/ibu sahaja sebab ia lebih efektif dan hampir sama saja.

    cuma EM5 je racun organik. depa dah tambah ekstrak herba didlmnya

  11. impax says:

    budi
    kalau ikut amalan mmg cukup. malah cukup sempurna, semua zat ada.

    tapi cik budi kena ada amalan organik yg baik. rawatan tanah, pengawal serangga perosak dan rumpai dan amalan pertanian. realitinya ada sedikit adjustment.

    buat baja sendiri mmg baik, tp kalau ikut pengalaman saya, kalau tak dilute dgn nisbah yg sesuai, terutamanya kalau pekat sangat, baja tu masam. pokok terbakar juga. so, dilute mesti optimum

  12. impax says:

    kuzmi
    boleh buat dedak sendiri. saya akan jelaskan lg nanti

  13. abdul hakim says:

    erm..saya nak buat kajian ttg potensi air beras sebagai baja…..
    so, soalan saya….mcm mana nk buat baja????

    mcm mn nk tukarkan air beras menjadi baja????

    erm..mcm mana nk hasilkan baja yang baik drpd air beras tu???

    sekian terima kasih..

  14. MELOR says:

    cik hakim
    ni elok beli buku panduan natural farming dari jbtn ptanian..RM10 je
    didlm buku tu byk tips2 mengenai penggunaan air beras
    cthnya: lactic acid bacteria (LAS) dibuat dgn memeram 10% air beras utk 3hari sebelum menambah lg 90% susu segar. peram 1 mggu sblm guna. ni cara memela lactobacilus

  15. zach says:

    Salam Cik Melur… dah dua hari ni saya mengikuti tulisan di dlm blog ni… terima kasih kerana sedia berkongsi ilmu dan semoga dipermudahkan selalu…

    Satu pertanyaan saya… boleh tak kalau zeolite tu kita gantikan dgn nasi kering… selalunya kat rumah banyak nasi2 yg terbuang… harap mendapat penjelasan pihak cik…

  16. zach says:

    Satu lg Cik Melor… kdg mata saya ni jenuh jugak nak menatap PC ni lama2… mintak kebenaran dari Cik Melor untuk mengizinkan saya print maklumat2 di dalam nih…

  17. zach says:

    Maaf Cik Melor… tersalah tanya lak…

    Satu pertanyaan saya… boleh tak kalau DEDAK tu kita gantikan dgn nasi kering… selalunya kat rumah banyak nasi2 yg terbuang… harap mendapat penjelasan pihak cik…

  18. MELOR says:

    terima kasih kembali zack

    boleh ganti nasi. zack tahu tak org buat Em sediri pakai nasi? :)
    nasi byk kanji, bakteria suka. ternakan pun suka. kanji akan jadi gula bila mula menapai. yis pun ada. bakteria pu ada, jadi boleh buat baja juga

    boleh, silakan. boleh ke http://www.bokashifarmer.info sbb disanasetiap artikel boleh dijadikan pdf file. ada box utk convert ke pdf di bawah setiap artikel

    dedak lagi baik. byk Em, karbohidrat dan zat2 surih. blh lembutkan tekstur tanah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: