Apakah unsur yang menjadikan tumbuhan hidup subur dan sedikit sahaja penggunaannya mampu memberikan impak yang besar? Saya akan rungkaikan apakah rahsia pembikinan baja organik yang bermutu tinggi yang menjadi rahsia agung resepi baja organik.

RAHSIA 1: ZEOLITE MENGANDUNGI MINERAL YANG TINGGI

Pernahkah para pembaca terfikir bagaimana Allah jadikan pokok-pokok yang batangnya besar dan gagah dapat bersaing dan makan di atas gunung yang kurang tanah tanih, berbatu-batan dan padat dengan hidupan itu? Jawapannya batu zeolite.

Zeolite merupakan batu mineral yang tersimpan dalam gua-gua, puncak-puncak bukit dan gunung. Zeolite mengandungi kandungan zat galian yang tinggi serta merupakan keperluan yang penting dalam pertumbuhan pokok. Pokok-pokok yang tua dan berbatang besar dapat hidup di atas bukit yang kurang keluasan tanah pamahnya dan padat dengan tumbuhan kerana akarnya yang kuat itu menyelusuri bumi jauh ke dalam tanah, mencari batu zeolite. Zeolite membekalkan hampir 50 JENIS MINERAL / UNSUR SURIHAN yang diperlukan untuk survival pokok.

STUKTUR UNIK ZEOLITE

Keajaiban zeolite terletak pada fitrahnya yakni mempunyai stuktur seperti sarang lebah. Zeolite merupakan sejenis silika. Ia terdiri daripada rangkaian tetrahedron dua sebatian iaitu SiO4 dan AlO4 yang terbina dalam saiz yang hampir seragam dan menyerupai struktur sarang lebah. Untuk membentuk unsur zeolite, nisbah antara silika dan alumina mestilah 1:2. Kelebihan pada struktur uniknya ini menjadikan kristal zeolite bersifat poros, dengan lorong dan lohong (lubang) yang mempunyai seribu guna.

Keporosan ini menyedia ruang yang cukup luas untuk berbagai-bagai cas positif untuk proses pertukaran cas yang amat penting bagi organisma. Sifat zeolite ialah bercas negatif. Maka cas-cas positif atau kation yang besar-besar seperti natrium, potasium, kalsium, barium, molekul air, ammonia, ion karbonat dan ion nitrat dapat berumah didalamnya.

TINGKATKAN KUALITI TANAMAN & TERNAKAN DENGAN PENGGUNAAN SERBUK ZEOLITE

Saya memasarkan zeolite dengan harga RM800/tan.