RAHSIA 2: MEMBERSIHKAN SUMBER AIR

Liang-liang poros ini sangat stabil, molekul air yang melaluinya tidak akan mengubah bentuknya. Maka jika sumber air yang kita gunakan untuk ternakan dan tanaman mengandungi toksin seperti ‘air keras’ atau kandungan kalsium yang tinggi, ion kalsium ini akan melalui liang poros zeolite dan bertukar tempat dengan ion natrium zeolite yang lebih berfaedah untuk organisma. Ia berfungsi sebagai pelembut air. Zeolite juga memegang air yang akan diserap oleh tumbuhan.

RAHSIA 3: NYAHTOKSIK SISA KIMIA BERLEBIHAN

Sifat poros ini memberikan fungsi penapisan kepada zeolite. Ia boleh menapis ion-ion berat yang toksik kepada organisma dan menyahbau busuk. Zeolite bukan sahaja dipakai pada baja tanaman, tetapi juga pada makanan ternakan. Penambahan zeolite dalam silaj menyerap toksin berbahaya kepada ternakan dengan sifatnya masih kekal dan neutral. Penambahan zeolite dalam baja tanaman pula menyahtoksin sisa-sisa kimia daripada penggunaan baja dan racun kimia berlebihan.

TINGKATKAN KUALITI TANAMAN & TERNAKAN DENGAN PENGGUNAAN SERBUK ZEOLITE

Saya mmbekalkan zeolite pada harga RM800/tan