GARAM BUKIT VS GARAM BIASA

Bezanya garam bukit dengan garam biasa yang memberikan sifat berkhasiat ialah garam bukit kandungan potasiumnya tinggi berbanding garam biasa. Garam bukit juga mengandungi natrium (unsur utama) yang dapat meneutralkan asid dan gas dalam darah ternakan. Kandungan mineralnya yang tinggi membersihkan darah, bendalir tubuh dan menjadikan najisnya mesra alam. Ini kerana kesan penyeimbangan cas positif-negatif yang dilakukan mencuci darah dan mencergaskan elemen-elemen tubuh yang lemah.

Garam bukit mengandungi zat-zat galian yang tinggi. Pun begitu unsur surihan ini tersedia dalam komposisi yang boleh diterima oleh organisma pada peringkat selular. Sebab itulah haiwan sangat gemarkan garam jilatan organik ini, kerana ia mencergaskan sel-sel tubuhnya.

Garam biasa tidak mempunyai kesan yang sama. Kelemahannya ialah kerana garam laut ini setelah ditapis, saiznya menjadi terlalu besar untuk diserap oleh sel tubuh. Garam ini ditapis kerana industri memerlukan NaCl tulen dalam kuantiti yang banyak. Biasanya garam dapur melalui proses penapisan ini. Tubuh tidak begitu mengenali garam biasa ini dan akan berusaha menyingkirkannya dari sistem tubuh.

KHASIAT LENGKAP TUBUH

Tahukah anda segala unsur galian di dunia ini terkandung dalam garam bukit? Semua unsur surihan alam ini yang terkandung di dalamnya menyerupai pula dengan jumlah galian yang terdapat dalam sel tubuh manusia. Berpadanan. Sepertimana zeolite melengkapkan keperluan zat galian tumbuhan, begitu juga garam melengkapkan zat galian manusia dan haiwan. Maka itulah rahsia garam bukit melengkapkan keperluan zat surihan manusia dan haiwan.

KUASA PEMBERSIH TERBAIK

Garam bukit mencuci darah dengan menyingkirkan unsur-unsur berat seperti arsenik, lemak, protein dan sulfur, menyahtoksik segala racun dalam tubuh, meningkatkan imunisasi dan meneutralkan cas positif berlebihan dalam tubuh yang meningkatkan stress pada haiwan. Sekaligus ia membersihkan sistem penghadaman dan mencuci usus haiwan.