Sabda Rasulullah S.A.W

“Siapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit, yang paling kurang adalah gila, kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh Allah sahaja”

THE BEST CHOICE FOR TABLESALT

Garam bukit juga merupakan tablesalt yang terbaik. Ia mengandungi khasiat yang lengkap untuk kesihatan tubuh badan. Apakah benar jika kita terlebih memakan garam akan mengundang sakit? Bagaimana yang dikatakan Rasulullah dengan mengamalkan secubit garam sebelum makan? Apakah rahsia garam yang disebutkan baginda sejak 1400 tahun yang lampau?

SARANAN AHLI SUFI

Saya membuat sedikit rujukan daripada buku berjudul ‘Kitab Ilmu Perubatan Kesufian-Kitab At-Tibb Al-Rauhi As-Sufi’ (1996) karangan Syeikh Hakim Abu Abdullah Ghulam Moinuddin terjemahan oleh Rozali Md Isa terbitan Thinker’s Library Sdn Bhd. Syeikh Hakim Moinuddin merupakan pengasas amalan Sufi Chishtiyyah di India dan mengupas sudut sains dan perubatan melalui perspektif islam dan amalan kesufian. Buku ini sangat-sangat saya kagumi dan merupakan satu rujukan berharga dalam milik saya.

Di dalam kitab ini, Syeikh Hakim Moinuddin menyentuh tentang khasiat garam. Apakah benar pendapat perubatan moden bahawa memakan garam berlebihan itu membahayakan kesihatan? Beliau menerangkan garam mengandungi 2 unsur, natrium dan klorida. Klorida dalam garam adalah satu-satunya klorida yang boleh digunakan oleh tubuh untuk membuat asid hidroklorik atau jus perut yang merupakan jus penghadaman. Maka sedikit garam sebelum makan dapat menyediakan jus gaster dalam perut sebelum makanan masuk. Amalan ini dapat mempermudah penguraian protein kepada pelbagai enzim dan asid amino dan dialirkan keseluruh tubuh melalui pembersihan ginjal.

Kesan buruk terlalu banyak makan garam disebabkan oleh paras natrium yang tinggi, bukan paras klorida. Orang yang tidak langsung makan garam mungkin mendapat penyakit lain kerana kekurangan jus gaster.