Encik Wildan Firdaus bin Badaruddin, Pegawai Pertanian Lenggong, Perak bersama-sama Paklias telah mengajar para peserta (termasuk saya sendiri) resepi baja bokashi teras ALFA-G ini semasa menganjurkan satu kursus organik di Pejabat Pertanian Lenggong. Berikut adalah cara penyediaannya:

BAHAN-BAHAN:

  1. 3 bahagian – 30 kg (siap dicincang) bahan organik reput (habuk papan, tandan kelapa sawit, rumpai, batang jagung, jerami padi, menerong)
  2. 1 bahagian – 10 kg tahi kambing atau tahi ayam
  3. 0.5 kg – guano atau tahi kelawar
  4. Hampas foliar/ penghalau serangga/pencegah kulat yang telah diperah (sebanyak mana yang ada)
  5. 1 bahagian – 10 kg GML atau kapur pertanian
  6. 2 bahagian – 20 kg tanah biasa

PENYEDIAAN:

  • Cincang bahan 1, 2, dan 4 kepada ketulan-ketulan sederhana besar
  • Masukkan ke dalam tray atau biarkan sebagai satu lapisan diatas tanah
  • Tambahkan kesemua bahan 3, 5 dan 6 dan gaul rata
  • Gunakan plastik untuk menutup bahan campuran ini
  • Balik-balikkan bokashi sekurang-kurangnya seminggu sekali
  • Kompos ini sidah sedia digunakan selepas 1 hingga 1 setengah bulan disimpan
  • Gunakan terus di atas batas atau pada pangka tanaman